Pengarang: Admin
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang juga merupakan Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berangkat ke Majlis Istiadat Konvokesyen UTHM Ke-24 di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM pada hari ini, 7 Disember 2024.
Dalam majlis tersebut, DYAM Pemangku Sultan Johor turut menyampaikan Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah, Anugerah Profesor Emeritus, Anugerah Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana dan Anugerah Akademik. Allah Peliharakan Sultan.
TERIMA MENGADAP PERDANA MENTERI MALAYSIA
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia pada hari ini, 2 Disember 2024.
Dalam pertemuan ini, pelbagai isu-isu terkini dan berkaitan negeri Johor telah disampaikan serta dibincangkan. Allah Peliharakan Sultan.
DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR BERANGKAT MENGADAP DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor pada hari ini, 2 Disember 2024.
Hadir bersama adalah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor. Allah Peliharakan Sultan.
TERIMA MENGADAP PANGLIMA TENTERA DARAT MALAYSIA
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Bin Jantan, Panglima Tentera Darat Malaysia pada hari ini, 28 November 2024. Allah Peliharakan Sultan.
ZIARAH KASIH PEGAWAI DAERAH: PENYAMPAIAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU SULTAN JOHOR
Tuan Mohd Farid bin Kassim, Pegawai Daerah Tangkak telah menyerahkan kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor kepada beberapa penerima dari Mukim Bukit Serampang
Kurniaan ini merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat dengan menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan bantuan.
Penerima terdiri dari mereka yang kurang berkemampuan, ahli keluarga OKU, pesakit terlantar dan berpenyakit kronik. Kurniaan ini adalah bagi membantu golongan tersebut di samping dapat meringankan...
MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI (MBIP)
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Perasmian Bangunan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) pada hari ini, 22 November 2024. Allah Peliharakan Sultan.