Pengarang: Admin
Keutamaan dan tumpuan adalah pembangunan Negeri dalam setiap aspek dan kehidupan rakyat.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
SELAMAT HARI THAIPUSAM
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Thaipusam kepada semua penganut agama Hindu.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
TAHUN YANG LUAR BIASA UNTUK JOHOR
Tahun yang luar biasa, dan ia hanya akan menjadi lebih baik. 📈 Terus melonjak!
PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU SULTAN JOHOR UNTUK KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN DI DAERAH SEGAMAT
Penyampaian Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor kali ini telah disempurnakan oleh Ybhg Tuan Haji Mohd Ezzuddin bin Sanusi, Pegawai Daerah Segamat dan telah diserahkan kepada beberapa buah keluarga kurang berkemampuan dari Mukim Sungai Segamat.
Turut serta bersama dalam penyerahan kurniaan ini ialah Pegawai JKM Daerah Segamat, Penghulu Mukim, Ketua Kampung dan Kakitangan Pejabat Daerah Segamat.
TERIMA MENGADAP PERDANA MENTERI MALAYSIA
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia pada hari ini, 5 Februari 2025. Allah Peliharakan Sultan.
MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA KE-268
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 yang berlangsung di Istana Negara pada 5 Februari 2025.
Mesyuarat berkenaan turut dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri-Negeri. Allah Peliharakan Sultan.