DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YAM Che’ Puan Besar Khaleeda bersama Keluarga Diraja Johor yang lain menikmati santapan pagi sempena sambutan Aidilfitri. Allah Peliharakan Sultan.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1443H
Saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1443H kepada seluruh umat Islam di mana sahaja anda berada. Semoga kehadiran Syawal ini membawa keberkatan kepada kita semua.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
MENZIARAHI MAKAM DIRAJA BUKIT MAHMOODIAH
DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat menziarahi Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor pada 1 Mei 2022 bersempena menjelang Hari Raya Aidilfitri 1443H.
Turut mengiringi keberangkatan Baginda adalah paduka-paduka adinda yang lain, YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Dato’ Dr. Abdul Rahim Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor dan YB Dato’ Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor. Allah Peliharakan...
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PEGAWAI DAN ANGGOTA ASKAR TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Pegawai Memerintah Askar Timbalan Setia Negeri Johor berangkat ke majlis berbuka puasa bersama Pegawai dan Anggota Askar Timbalan Setia Negeri Johor di Masjid Dato’ Hj Mohd Lip Bin Bedu, Kem Sultan Ibrahim pada 29 April 2022. Baginda turut menunaikan solat Maghrib berjemaah di masjid tersebut.
Turut mengiringi Baginda adalah YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor. Allah Peliharakan Sultan.
SUMBANGAN DARIPADA KELUARGA DIRAJA JOHOR KEPADA BANGSA JOHOR
Alhamdulillah. Keluarga DiRaja Johor telah jaga Bangsa Johor sejak 1885. Pada tahun 2020 sehingga kini, keluarga kami telah menyumbang RM123,065,196.56. Kami terus komited untuk membantu dan memelihara kesejahteraan Bangsa Johor pada setiap tahun.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor