DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor sebagai wakil rasmi DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor bersama YAM Che’ Puan Besar Khaleeda berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Negeri Johor di Masjid Sultan Abu Bakar pada hari ini, 18 April 2022. Turut mengiringi keberangkatan Baginda adalah paduka-paduka adinda yang lain. Allah Peliharakan Sultan.
BAKAL BERJUMPA DENGAN MENTERI PEMBANGUNAN KELUARGA, WANITA DAN MASYARAKAT BERKENAAN KES BELLA
Esok saya akan berjumpa dengan Datuk Seri Rina Harun, Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat untuk membincangkan isu kes Bella dan mendapatkan taklimat terkini mengenai langkah-langkah yang telah diambil oleh kementerian untuk memastikan kes sebegini tidak lagi berlaku.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
KES PENDERAAN BELLA
Saya telah berhubung dan berbincang dengan peguam-peguam saya mengenai kes penderaan Bella. Kes ini sedang berjalan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan pihak pendakwaan kerajaan sudah memulakan perbicaraan terhadap OKT (orang kena tuduh) dalam kes ini.
Kes pendakwaan pada ketika ini melibatkan 2 pihak:
– pendakwa raya kerajaan bagi pihak kerajaan/awam, dan
– peguambela yang dilantik untuk mewakili tertuduh (OKT)
Saya akan menghubungi Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dan menawarkan perkhidmatan peguam-peguam saya secara...
SYABAS ATAS PENGUMUMAN INSENTIF KHAS UNTUK BANGSA JOHOR
Syabas saya ucapkan kepada kerajaan negeri Johor kerana mengumumkan insentif khas yang mengutamakan kebajikan Bangsa Johor.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
SELAMAT HARI VAISAKHI DAN SELAMAT TAHUN BARU TAMIL
Selamat Hari Vaisakhi kepada kaum Sikh dan Selamat Tahun Baru Tamil kepada kaum India.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA DELEGASI KONFEDERASI BOLASEPAK ASIA (AFC)
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan YAM Che’ Puan Khaleeda berangkat ke Majlis Berbuka Puasa bersama delegasi Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang diketuai oleh YBhg Datuk Seri Windsor John, Setiausaha Agung AFC di Dewan Kenanga, Bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru pada 13 April 2022.
Turut serta dalam majlis tersebut adalah YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia. Allah Peliharakan Sultan.