Skip to main content

PENGHARGAAN DARIPADA UNICEF BERKENAAN KEBAJIKAN KANAK-KANAK

Kami berbesar hati dan akan terus memberi tumpuan kepada keselamatan, kesihatan, perkembangan dan akses kepada pendidikan untuk kanak-kanak. Kita harus terus bekerjasama dengan KPWKM, JKM, UNICEF dan agensi-agensi kerajaan lain untuk menambahbaik institusi, infrastruktur, undang-undang serta polisi untuk melindungi dan mengutamakan kanak-kanak. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

PERTEMUAN DENGAN MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT BERKENAAN ISU SEPERTI KES BELLA

Saya telah mengadakan pertemuan dengan YB Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Amanda Bissex, Wakil UNICEF ke Malaysia dan YB Puan Hajah Khairin-Nisa Ismail, Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor pada hari ini di Royal Johor Polo Club. Dalam pertemuan tersebut, saya telah mencadangkan 3 langkah penting yang perlu dilakukan bagi memastikan kes-kes seperti kes Bella tidak berulang: 1. Pindaan Perundangan: Penambahbaikan undang-undang semasa, seperti Akta Kanak-Kanak 2001 perlu dilakukan segera. Ia harus merangkumi...

Continue reading

SALAM NUZUL AL-QURAN 1443 HIJRAH

Marilah kita sama-sama menghayati hikmah yang terkandung pada peristiwa ini dan isi kandungan Al-Quran secara keseluruhannya. Membersihkan akal dan menyucikan jiwa dari segala bentuk perkara yang tidak elok serta memantapkan keyakinan tentang keesaan Ilahi. Salam Nuzul Al-Quran 1443 Hijrah. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.