Skip to main content

PERBINCANGAN DENGAN PESURUHJAYA TINGGI REPUBLIK SINGAPURA

Baru-baru ini saya telah berjumpa dengan T.Y.T Vanu Gopala Menon, Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura untuk membincangkan perkara-perkara berkenaan ekonomi dan pendidikan. Aspek berkaitan ekonomi dan pendidikan ini adalah perkara yang perlu dipertingkatkan di Johor. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

KITA MEMERLUKAN DASAR-DASAR EKONOMI YANG MENGGALAKKAN PERKEMBANGAN EKONOMI DAN PEMBANGUNAN KETARA

Johor merupakan negeri yang mempunyai jumlah pelaburan tertinggi antara tahun 2016, 2017 dan 2018. Tetapi selepas 2018, jumlah pelaburan di Johor mula menjunam. Saya berharap ekonomi negeri akan bertambah baik dan dapat secara langsung menyediakan lebih peluang pekerjaan untuk Bangsa Johor. Ini amat penting bagi memastikan rakyat boleh menjana lebih pendapatan dan mempunyai keupayaan perbelanjaan yang lebih tinggi. Kita memerlukan dasar-dasar ekonomi yang menggalakkan perkembangan ekonomi dan pembangunan ketara. Kita perlu bersama-sama berganding bahu dan memberi tumpuan kepada...

Continue reading

MENERIMA KUNJUNGAN PESURUHJAYA TINGGI REPUBLIK SINGAPURA

Saya telah menerima kunjungan T.Y.T Vanu Gopala Menon, Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura pada hari ini. Perkara-perkara yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut adalah untuk meneruskan kerjasama dan hubungan baik yang terjalin antara Johor dan Singapura sejak sekian lama. Allah Peliharakan Sultan. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

SELAMAT TAHUN BARU CINA

Saya dan keluarga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua masyarakat Cina dan semoga tahun ini membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada anda semua. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

ULANG TAHUN PEMASYHURAN DYMM SULTAN IBRAHIM SEBAGAI SULTAN JOHOR

Pada 23 Januari 2010, susulan kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, anakanda Baginda, DYAM Tunku Ibrahim Ismail, Tunku Mahkota Johor pada waktu itu telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor, mewarisi takhta Almarhum Ayahandanya. Selepas menaiki takhta, Tunku Ibrahim berkenan untuk menggunakan gelaran DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. DYMM Sultan Ibrahim adalah Sultan Johor yang kelima dalam era Kesultanan Johor Moden yang bermula dengan pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar. #sultanjohor #royalpressoffice #johor

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.