Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada hari ini, 6 Ogos 2024. Allah Peliharakan Sultan.
TITAH DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR BERKENAAN SEKOLAH RINTIS JOHOR
Pada 13 Februari 2024, saya menitahkan agar Kerajaan Negeri Johor meningkatkan tahap pendidikan anak Bangsa Johor supaya tiada yang keciciran. https://www.astroawani.com/…/tunku-mahkota-ismail-mahu…
Pada 9 Mei 2024, saya juga bertitah bahawa sistem pendidikan negara perlu berubah dengan memperbaharui silibus mata pelajaran yang tidak relevan. https://www.facebook.com/hrhcrownprinceofjohor/posts/976393360509717
Kini, Kerajaan Negeri Johor bersama Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) bersetuju melancarkan sekolah rintis Johor bermula 2025, melibatkan dua sekolah rendah dan dua...
MAJLIS SANTAPAN DIRAJA SEMPENA ISTIADAT PERTABALAN KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-17
DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berangkat ke Majlis Santapan Diraja sempena Istiadat Pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-17 yang berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur pada hari ini, 20 Julai 2024. Allah Peliharakan Sultan.
ISTIADAT PERTABALAN KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-17
DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berangkat ke Istiadat Pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-17 yang berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur pada hari ini, 20 Julai 2024.
Turut mengiringi keberangkatan Baginda adalah DYAM Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor. Allah Peliharakan Sultan.