Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor membayar zakat bagi tahun 2024/1446H kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) untuk diberikan kepada asnaf-asnaf dan badan kebajikan yang layak menerima.
MAINJ diwakili oleh YB Tuan Mohd Fared Bin Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, YBhg. Tuan Haji Nasri Bin Md. Ali, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ dan SS YB Dato’ Haji Yahya Bin Ahmad, Mufti Negeri Johor. Allah Peliharakan Sultan.
MELAWAT ZOO JOHOR
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor serta paduka anakanda berangkat ke Zoo Johor pada hari ini, 28 Ogos 2024 sempena pembukaannya kepada orang ramai pada 31 Ogos nanti. Allah Peliharakan Sultan.
LATIHAN KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM MENJELANG PERLAWANAN AKHIR PIALA FA 2024-2025
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat menyaksikan para pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim menjalani latihan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur menjelang perlawanan akhir Piala FA 2024-25 esok. Allah Peliharakan Sultan.