Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor pada hari ini, 2 Disember 2024.
Hadir bersama adalah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor. Allah Peliharakan Sultan.
TERIMA MENGADAP PANGLIMA TENTERA DARAT MALAYSIA
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Bin Jantan, Panglima Tentera Darat Malaysia pada hari ini, 28 November 2024. Allah Peliharakan Sultan.
MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI (MBIP)
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Perasmian Bangunan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) pada hari ini, 22 November 2024. Allah Peliharakan Sultan.
MAJLIS SANTAPAN TENGAH HARI BERSAMA KELUARGA DIRAJA JOHOR SEMPENA ULANG TAHUN KEPUTERAAN YANG DI-PERTUAN AGONG
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berangkat ke Majlis Santapan Tengahari bersama Keluarga DiRaja Johor sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Istana Bukit Serene pada 22 November 2024. Allah Peliharakan Sultan.