Skip to main content

DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR MENGADAKAN PERTEMUAN BERSAMA PENGERUSI PELANCONGAN QATAR DAN PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH VISIT QATAR

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor mengadakan pertemuan bersama His Excellency Saad Bin Ali Al Kharji, Pengerusi Pelancongan Qatar dan Pengerusi Lembaga Pengarah Visit Qatar. Antara perkara yang diperbincangkan adalah berkaitan dengan sektor pelancongan membabitkan pelaburan dan ekonomi yang akan mengeratkan lagi hubungan dan memanfaatkan negeri Johor and Qatar. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR MENGADAKAN PERTEMUAN DENGAN MENTERI SUKAN DAN BELIA QATAR

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor mengadakan pertemuan dengan His Excellency Sheikh Hamad bin Khalifa bin Ahmed Al Thani, Menteri Sukan dan Belia Qatar pada hari ini, 19 Disember 2024. Baginda dan Syeikh Hamad berbincang mengenai pembangunan belia dan sukan di Qatar dan Johor. Turut dibincangkan inisiatif-inisiatif baharu untuk merancakkan industri sukan dan memartabatkan belia di negeri Johor. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

TERIMA MENGADAP PRESIDEN PERSATUAN BOLASEPAK THAILAND

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap Mrs. Nualphan Lamsam, Presiden Persatuan Bolasepak Thailand yang turut dikenali sebagai Madame Pang pada hari ini, 19 Disember 2024. Perbincangan tertumpu kepada langkah-langkah untuk mengukuhkan hubungan antara Johor dan Thailand, termasuk memberikan lebih banyak peluang kepada pemain bola sepak muda Malaysia untuk beraksi di Thailand. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR MENGADAKAN PERTEMUAN PRESIDEN PERSEKUTUAN BOLA SEPAK ANTARABANGSA (FIFA)

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor mengadakan pertemuan dengan Gianni Infantino, Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada 17 Disember 2024. Infantino telah diberi taklimat mengenai projek skuad kebangsaan di Malaysia yang dimulakan oleh DYAM Pemangku Sultan Johor dan ianya juga mendapat sokongan daripada kerajaan Malaysia. Infantino turut menzahirkan kepercayaan inisiatif nasional tersebut yang dikemudi DYAM Pemangku Sultan Johor dan bersetuju untuk memberikan sokongan kepada Malaysia dari segi penyelidikan, infrastruktur dan pembangunan. Allah...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.