Skip to main content

DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR MENGADAKAN PERTEMUAN DENGAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF QATAR AIRWAYS

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor mengadakan pertemuan dengan Badr Mohammed Al-Meer, Ketua Pegawai Eksekutif Qatar Airways di Doha, Qatar hari ini. Hadir sama adalah Tim Cahill, Penasihat Khas kepada DYAM Pemangku Sultan Johor. Pertemuan ini tertumpu kepada menjalin hubungan lebih erat yang boleh memanfaatkan negeri Johor dengan rangkaian penerbangan luas Qatar Airways dan meningkatkan ekonomi Johor. Baginda berkunjung ke Qatar minggu ini untuk beberapa siri mesyuarat, termasuk bersama individu-individu terkenal dan berjaya dalam dunia bola sepak. Antara...

Continue reading

MAJLIS PERKAHWINAN PEGAWAI KHAS PEMANGKU SULTAN JOHOR

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor serta paduka anakanda berangkat ke majlis perkahwinan David Keyte, Pegawai Khas Kepada DYAM Pemangku Sultan Johor dan pasangannya, Mariah Abu Bakar pada hari ini, 14 Disember 2024. Turut mengiringi keberangkatan Baginda adalah YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim dan suami Dato’ Dennis Muhammad Bin Abdullah. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

TERIMA MENGADAP PERDANA MENTERI MALAYSIA

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia pada hari ini, 9 Disember 2024. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

MAJLIS ISTIADAT KONVOKESYEN UNIVERSITI TUN HUSSEION ONN MALAYSIA (UTHM) KE-24

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang juga merupakan Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berangkat ke Majlis Istiadat Konvokesyen UTHM Ke-24 di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM pada hari ini, 7 Disember 2024. Dalam majlis tersebut, DYAM Pemangku Sultan Johor turut menyampaikan Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah, Anugerah Profesor Emeritus, Anugerah Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana dan Anugerah Akademik. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

TERIMA MENGADAP PERDANA MENTERI MALAYSIA

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia pada hari ini, 2 Disember 2024. Dalam pertemuan ini, pelbagai isu-isu terkini dan berkaitan negeri Johor telah disampaikan serta dibincangkan. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.