Skip to main content

DYAM RAJA MUDA JOHOR MERASMIKAN PEMBUKAAN KEDAI CENDERAHATI RASMI JDT DIRECT STORE

DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor merasmikan pembukaan kedai cenderahati rasmi, JDT Direct Store di Pusat Beli-belah Toppen pada hari ini, 3 Oktober 2024. Turut mengiringi keberangkatan Baginda adalah YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah binti Tunku Ismail. Hadir sama adalah para pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Jordi Amat, Safiq Rahim, Bergson Da Silva, Park Jun-Heong, Ahmad Syihan Hazmi dan Arif Aiman ​​Hanapi. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR BERANGKAT MENGADAP DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor pada 1 Oktober 2024. Sultan Selangor dan Pemangku Sultan Johor berkongsi pendapat tentang perpaduan dalam kalangan rakyat, profesionalisme di Malaysia dan kepentingan penyatuan Institusi Diraja untuk berkhidmat sebagai sebuah simbol negara. Turut dibincangkan adalah perkara berkaitan bola sepak, khususnya Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin dan Duli Yang Amat Mulia Tunku...

Continue reading

TERIMA MENGADAP KHABIB NURMAGOMEDOV

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap Khabib Nurmagomedov, bekas Juara Dunia UFC Kategori Lightweight pada hari ini, 1 Oktober 2024. Antara topik perbincangan adalah mengenai program pembangunan belia dan cadangan membuka gimnasium latihan rasmi Khabib di negeri Johor. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

MAJLIS ISTIADAT PENYERAHAN SURAT TAULIAH & IKRAR TAAT SETIA PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI JOHOR BAHARU

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Istiadat Penyerahan Surat Tauliah & Ikrar Taat Setia Yang Berhormat Penasihat Undang Undang Negeri Johor yang baharu, YB Datuk Abdul Aziz Bin Engan di Balai Mengadap Istana Bukit Serene pada hari ini, 1 Oktober 2024. Allah Peliharakan Sultan

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.