Skip to main content

TERIMA MENGADAP BARISAN AHLI-AHLI PENASIHAT JUMAAH MAJLIS DIRAJA JOHOR

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap barisan Ahli-Ahli Penasihat Jumaah Majlis DiRaja Johor yang diketuai oleh YB Dato’ Dr. Abdul Rahim Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor pada hari ini, 11 September 2024. Dalam pertemuan ini, pelbagai perkara dan isu-isu penting disampaikan kepada DYAM Pemangku Sultan Johor dan dibincangkan. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

AKTIVITI MENUNGGANG KUDA DI SEKITAR ISTANA PASIR PELANGI

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim melakukan aktiviti menunggang kuda di sekitar Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada hari ini, 11 September 2024. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

LAWATAN KE TAPAK PROJEK RAPID TRANSIT SYSTEM LINK (RTS LINK) ANTARA JOHOR BAHRU DAN SINGAPURA

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat melawat tapak projek Rapid Transit System Link (RTS Link) antara Johor Bahru dan Singapura pada hari ini, 5 September 2024. Hadir sama adalah YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor, YB Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor, YB Dato’ Haji Asman Shah Bin Abd. Rahman, Pegawai Daerah Johor Bahru dan Datuk Mohd Zarif Hashim, Ketua Pegawai...

Continue reading

TITAH DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR BERKENAAN PENCAPAIAN JOHOR

Banyak lagi pencapaian positif yang akan berlaku dalam masa akan datang. Keutamaan dan fokus saya adalah untuk menambah baik ekonomi, kemudahan-kemudahan infrastruktur, pendidikan dan akses kepada kemudahan kesihatan yang lebih moden dan baik untuk rakyat Johor. Projek-projek termasuk Johor Bahru-Singapore Rapid Transit System (RTS), Johor-Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ), Special Financial Zone (SFZ,) hospital-hospital baharu dan menaik taraf jalanraya-jalanraya di Johor akan terus dilaksanakan. Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor

Continue reading

MAJLIS SANTAPAN MALAM REJIMEN GERAK KHAS

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berangkat ke Majlis Santapan Malam Rejimen Gerak Khas yang berlangsung pada hari ini, 29 Ogos 2024. Turut mengiringi keberangkatan Baginda adalah YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor. Hadir sama adalah YB Brigadier Jeneral Dato’ Mohamad Suria Mohamad Saad, Panglima Briged Ke-7 Infantri Malaysia (7 Briged)...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.