Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil sempena Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar di Masjid Pasir Pelangi pada 30 Julai 2025. Allah Peliharakan Sultan.
HARI HOL ALMARHUM SULTAN ISKANDAR
Memperingati ulang tahun kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para syuhada dan orang beriman. Al-Fatihah.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
JURANG JOHOR DARUL TA’ZIM (JDT) DAN SELANGOR FC SANGAT BESAR
CEO Selangor FC Johan cakap jurang antara JDT dan Selangor semakin mengecil?
2023 – Beza 15 mata dalam liga
2024-25 – Beza 18 mata
2022 – Kalah 5-1, seri 1-1, kalah 2-1 final Piala Malaysia
2023 – Kalah 4-0, 4-0 dan 2-0
2024-25 – Kalah 3-0 di home dan 6-1, result terbesar dalam sejarah Final Piala FA
So please explain to me Johan, how Selangor merapatkan jurang?
Kalau nak tutup kegagalan sendiri pun, janganla sampai cuba bodohkan penyokong sendiri. Selangor fans deserve better.
TERIMA MENGADAP PENASIHAT BELI JOHOR DAN AHLI LEMBAGA PENGARAH KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM (JDT)
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap Khairy Jamaluddin, Penasihat Belia Johor dan Ahli Lembaga Pengarah Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) pada hari ini, 29 Julai 2025. Allah Peliharakan Sultan.
TERIMA MENGADAP MENTERI BESAR JOHOR DAN SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Dato’ Haji Asman Shah Abd. Rahman, Setiausaha Kerajaan Johor pada hari ini, 29 Julai 2025.
Dalam pertemuan ini, pelbagai perkara dan isu-isu penting disampaikan kepada DYAM Pemangku Sultan Johor dan dibincangkan. Allah Peliharakan Sultan.
KEMUDAHAN KORPORAT BAHARU DAN ‘RED & BLUE LOUNGE’ DI STADIUM SULTAN IBRAHIM SIAP UNTUK MUSIM 2025-26
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang juga pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berangkat ke Stadium Sultan Ibrahim pada hari ini, 28 Julai 2025 bagi memeriksa dan memantau kerja-kerja naik taraf yang sedang dijalankan di ‘Home of the Southern Tigers’ menjelang musim 2025-26, termasuk kemudahan fasiliti korporat baharu, padang baharu dan kerja-kerja penyelenggaraan kawasan sekitarnya.
Hadir sama adalah YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor.
Sebanyak 12 bilik korporat baharu dan dua ruang hospitaliti premium baharu — ‘Red...