Skip to main content

SOLAT SUBUH BERSAMA RAKYAT DI MASJID AL-SYIFA, BANDAR PENAWAR

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat menunaikan solat Subuh bersama rakyat di Masjid Al-Syifa, Bandar Penawar, Johor pada hari ini, 26 Februari 2025. Hadir sama adalah Sonny Bill Williams, bekas pemain ragbi All Blacks New Zealand dan peninju heavyweight profesional. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

TERIMA MENGADAP TIMBALAN PERDANA MENTERI

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada hari ini, 25 Februari 2025. Hadir sama adalah YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

SOLAT JUMAAT DI MASJID DATO’ HJ MOHD LIP BIN BEDU, KEM SULTAN IBRAHIM

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail menunaikan solat Jumaat di Masjid Dato’ Hj Mohd Lip Bin Bedu, Kem Sultan Ibrahim pada 21 Februari 2025. Turut mengiringi keberangkatan baginda adalah YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan Sonny Bill Williams, bekas pemain ragbi All Blacks New Zealand dan peninju heavyweight profesional. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP MAJLIS TILAWAH AL-QURAN KALI KE-69 DAN MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2025M/1446H

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berangkat ke Majlis Perasmian Penutup Majlis Tilawah Al-Quran Kali Ke-69 Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Johor Tahun 2025M/1446H yang berlangsung di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Bahru pada hari ini, 20 Februari 2025. Pada majlis berkenaan, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor mengurniakan hadiah kepada peserta lelaki dan johan keseluruhan daerah manakala YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor mengurniakan hadiah kepada peserta...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.