Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat Bagi Daerah Muar pada hari ini, 20 Jun 2026. Allah Peliharakan Sultan.
MAJLIS ISTIADAT KURNIAAN PINGAT SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN JOHOR
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Istiadat Kurniaan Pingat Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor di daerah Muar pada hari ini, 20 Jun 2026. Allah Peliharakan Sultan.
SOLAT JUMAAT DI MASJID PASIR PELANGI, JOHOR BAHRU
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Pasir Pelangi, Johor Bahru pada 19 Jun 2026. Allah Peliharakan Sultan.
PERTANDINGAN BOLA SEPAK 6-SEBELAH BERSAMA PARA PENYOKONG DAN KAKITANGAN
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor turut serta dalam pertandingan bola sepak 6-Sebelah bersama para penyokong dan kakitangan yang berlangsung selama dua hari di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru bermula hari ini. Allah Peliharakan Sultan.
MAAL HIJRAH 1448H
Salam Maal Hijrah 1448H dan semoga tahun ini membuka lembaran baharu yang lebih baik buat kita semua, dipenuhi dengan keredhaan dan keberkatan Allah SWT. Insya-Allah.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
TERIMA MENGADAP DELEGASI UNIVERSITI HARVARD
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap delegasi Universiti Harvard yang diketuai oleh Dr. Dominic Mao, Penolong Pengarah, Pengajian Prasiswazah, Pensyarah Biologi Molekul dan Sel serta Dr. Andrea Wright, Penolong Dekan Kolej Harvard, Pensyarah Antropologi pada hari ini, 16 Jun 2026.
Antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut ialah kaedah serta langkah-langkah yang perlu diambil bagi meningkatkan lagi taraf dan mutu pendidikan di negeri Johor, khususnya dalam usaha memperkasa pembangunan pendidikan anak-anak muda.
Hadir sama...