DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail berangkat ke Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru bagi menunaikan solat sunat Aidiladha bersama rakyat pada hari ini, 27 Mei 2026 bersamaan 10 Zulhijjah 1447H.
Baginda turut meluangkan masa bersama Keluarga DiRaja Johor sempena Hari Raya Aidiladha di Istana Bukit Serene. Allah Peliharakan Sultan.
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
Sempena perayaan Aidiladha yang bakal disambut oleh umat Islam, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha dan semoga ibadah korban dapat dilaksanakan dengan sempurna serta mendapat keberkatan Allah SWT.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
TITAH PEMANGKU SULTAN JOHOR BERHUBUNG LATIHAN DAN EKSESAIS KETENTERAAN ANGGOTA TENTERA MALAYSIA
Saya berdiri teguh bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan sokongan saya yang tidak berbelah bahagi akan sentiasa bersama anggota tentera negara dalam apa jua keadaan.
Berhubung latihan dan eksesais ketenteraan, ATM mempunyai ruang, kuasa serta kerjasama yang sewajarnya untuk melaksanakan sebarang bentuk latihan di negeri Johor. Latihan sedemikian amat penting dalam memperkukuhkan kesiapsiagaan operasi, meningkatkan keupayaan serta memperhalusi kemahiran yang diperlukan bagi mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara. Institusi DiRaja Johor dan Kerajaan Negeri Johor akan terus...
MAJLIS PERKAHWINAN ARIF AIMAN MOHD HANAFI
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berangkat ke majlis perkahwinan Arif Aiman Mohd Hanafi, pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim dan pasangannya, Nurul Aliah Natasha Md Hairushahri pada hari ini, 25 Mei 2026. Allah Peliharakan Sultan.
EMPAT KALI BERTURUT-TURUT MENJUARAI PIALA MALAYSIA
Johor Darul Ta’zim FC
Empat kali berturut-turut menjuarai Piala Malaysia, pencapaian pertama dalam sejarah bola sepak Malaysia. Turut bergelar juara Quadraple empat kali berturut-turut!
TERIMA MENGADAP PERDANA MENTERI MALAYSIA
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia pada hari ini, 21 Mei 2026. Allah Peliharakan Sultan.