Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha. Semoga ibadah korban dapat dilakukan dengan sempurna dan dirahmati, sedikit sebanyak dapat membantu golongan yang tidak berkemampuan.
Saya doakan agar anda dan keluarga kekal selamat dalam meraikan perayaan Hari Raya Aidiladha tidak kira di mana anda berada. Insya-Allah.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
SELAMAT ULANG TAHUN KEPUTERAAN YAM TUNKU KHALSOM AMINAH SOFIAH BINTI TUNKU ISMAIL
Happy Birthday To My Beloved Daughter, Khalsom. Semoga ALLAH Sentiasa Memberkati Lily Always. Babah and Mama Love You Very-Very Much. ❤️💙
TERIMA MENGADAP MANTAN PENGELOLA BIJAYA DIRAJA, DATUK BANDAR MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI (MBIP), PENGARAH JABATAN KERJA RAYA NEGERI JOHOR DAN PANGLIMA 21 GERUP GERAK KHAS
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap YB Brig. Jen. Dato’ Haji Ali bin Haji Musa (B), Mantan Pengelola Bijaya DiRaja, YB Datuk Haji Mohd Haffiz Haji Ahmad, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), YBrs. Ir. Haji Mohammad Salleh Abu Bakar, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Johor dan Mejar Jeneral Adi Ridzwan Abdullah, Panglima 21 Gerup Gerak Khas pada hari ini, 22 Jun 2023. Allah Peliharakan Sultan.
PROGRAM KEMBARA CANSELOR UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) BERSEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN UTHM KE-30
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Program Kembara Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bersempena Sambutan Ulang Tahun UTHM ke-30 pada 19 Jun 2023, bertempat di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM.
Baginda yang juga merupakan Canselor UTHM telah meluangkan masa beramah mesra dengan Pengurusan Tertinggi UTHM, merasmikan Pejabat Yayasan UTHM, melawat Perpustakaan Tunku Tun Aminah dan Kolej Kediaman Tun Dr Ismail di universiti tersebut. Baginda turut menyerahkan sumbangan kepada para pelajar daripada golongan asnaf dan...
SULTAN JOHOR TERIMA KUNJUNGAN HORMAT MENTERI SINGAPURA DAN ISTERI PERDANA MENTERI SINGAPURA
Hubungan persahabatan antara Johor dan Singapura yang terjalin kukuh sejak dahulu terus diperkukuhkan dengan kunjungan hormat serta lawatan mesra dalam kalangan kepemimpinan tertinggi kedua-dua pihak.
Pada hari ini (16 Jun), hubungan persahabatan antara Johor dan Singapura terus dieratkan dengan kunjungan hormat daripada Encik K Shanmugam, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Undang-Undang Singapura serta Datin Paduka Ho Ching, isteri Perdana Menteri Singapura.
Encik Shanmugam dan Datin Paduka Ho Ching membuat kunjungan hormat ke atas DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum...