Pitch maintenance done. All set for tonight’s match.
MAJLIS PERKAHWINAN ANAK PEREMPUAN KEPADA YB DATO’ HJ SHAHUL HAMID BIN HJ M.T.P ABDUL KADIR
DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke majlis perkahwinan anak perempuan kepada YB Dato’ Hj Shahul Hamid Bin Hj M.T.P Abdul Kadir yang berlangsung pada hari ini, 20 Mei 2023.
Turut mengiringi keberangkatan baginda adalah YAM Che Puan Besar Khaleeda, YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim dan YB Dato’ Dennis Muhammad Bin Abdullah. Allah Peliharakan Sultan.
MAJLIS JAMUAN HARI RAYA DAN PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG ASKAR TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR (JMF)
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Pegawai Memerintah Askar Timbalan Setia Negeri Johor berangkat ke Majlis Jamuan Hari Raya dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) pada hari ini, 17 Mei 2023 di Mes Pegawai, Markas JMF.
Turut mengiringi keberangkatan Baginda adalah YAM Che’ Puan Besar Khaleeda dan YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor Allah Peliharakan Sultan.
SELAMAT HARI GURU
Terima kasih kepada semua guru yang tidak pernah kenal erti penat dalam mendidik para pelajar. Jasa anda dalam membangun bangsa akan sentiasa dikenang. Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik!
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
SELAMAT HARI IBU
Pengorbanan ibu amat penting dan tidak ada tolak bandingannya dalam memastikan kejayaan sesebuah keluarga.
Terima kasih dan Selamat Hari Ibu kepada Mama, isteri saya, adik saya dan ibu-ibu di luar sana!
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH PONTIAN
Ybhg. Tuan Haji Zainal Bin Eran, Pegawai Daerah Pontian bersama rombongan Pentadbiran Daerah Pontian, Encik Azmee Bin Awang, Ketua Penolong Pegawai Daerah Pontian berkesempatan menyampaikan sumbangan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Kepada 3 Buah Masjid dan 11 Buah Keluarga Bagi Yang Kurang Bernasib Baik Di Daerah Pontian.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir...