Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Johor, YAB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi telah berlangsung di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada hari ini, 15 Mac 2022. Allah Peliharakan Sultan.
LAWATAN BERAMAH MESRA BERSAMA WARGA LABIS, SEGAMAT
Pada hari ini (9 Mac 2022), saya telah pergi ke daerah Segamat untuk melawat dan beramah mesra dengan para penduduk di sekitar kawasan Labis.
Program untuk hari ini bermula dengan lawatan ziarah kasih ke rumah warga-warga kampung yang asnaf bagi menghulurkan bantuan kepada mereka. Semoga sumbangan yang disampaikan dapat meringankan beban mereka.
Seterusnya, program disambung dengan menyantuni para belia termasuk Southern Voluteers yang telah banyak membantu semua daerah di Johor dengan pelbagai misi seperti vaksinasi, banjir dan sebagainya.
Terima kasih kepada semua warga Labis,...
MENERIMA MENGADAP PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK BUKIT AMAN
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap YB Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSNJ) Bukit Aman di Ibu Pejabat JDT pada hari ini, 8 Mac 2022. Allah Peliharakan Sultan.
SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA 2022
Selamat Hari Wanita Sedunia 2022
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
MENERIMA MENGADAP MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia di Royal Johor Polo Club pada hari ini, 7 Mac 2022. Allah Peliharakan Sultan.
YAYASAN SULTAN IBRAHIM JOHOR MEYUMBANG PERALATAN PERUBATAN BERNILAI LEBIH RM28 JUTA UNTUK KEGUNAAN HOSPITAL KERAJAAN
DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Majlis Sumbangan Perkakasan Perubatan oleh Yayasan Sultan Ibrahim Johor dengan kerjasama Yayasan Temasek Singapura.
DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, berkenan menyampaikan sumbangan kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada hari ini (5 Mac). Hadir sama, Pengarah Kesihatan Johor, Dato’ Dr. Aman Rabu dan Pemegang Amanah Urusan YSIJ, Dato’ Avinderjit Singh.
Kementerian Kesihatan dan Jabatan...