SELAMAT ULANG TAHUN KEPUTERAAN KEPADA YAM TUNKU TUN AMINAH BINTI SULTAN IBRAHIM
Selamat Ulang Tahun Keputeraan kepada YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK DAN SELAMAT BERPUASA
Saya sekeluarga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak dan selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Semoga Ramadan tahun ini memberi keberkatan dan rahmat buat kita semua. Insya-Allah. Salam Ramadan Kareem.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
TAHNIAH BUAT ANGGOTA-ANGGOTA JMF SEBAGAI JUARA KESELURUHAN DALAM UJIAN KEMAHIRAN MENEMBAK GERUP GERAK KHAS
Saya ucapkan tahniah buat anggota-anggota Askar Timbalan Setia Negeri Johor (Johor Military Forces) yang baru-baru ini telah berjaya menjadi juara keseluruhan dalam Ujian Kemahiran Menembak Gerup Gerak Khas.
Dalam lima acara yang dipertandingkan, JMF telah meraih keputusan yang membanggakan iaitu;
1. Johan Repal Acara 1 & 2
2. Johan Acara Jatuh Piring Peg/LLP
3. Johan Pistol Jatuh Piring Lelaki
4. Naib Johan Acara Jatuh Piring Pistol Jemputan
5. Tempat ketiga bagi Pistol Acara 1 & 2
Ini merupakan satu kebanggaan buat saya kerana ia membuktikan kecekapan anggota...
SUMBANGAN KEWANGAN UNTUK MEMBANTU KANAK-KANAK SINDROM DOWN, KOH JIA WEI YANG MENGALAMI SAKIT JANTUNG BERLUBANG
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berkenan menyampaikan sumbangan kewangan untuk membantu kanak-kanak sindrom down, Koh Jia Wei (berusia 1 tahun) yang mengalami sakit jantung berlubang.
Doktor telah mengesahkan bahawa anak kecil ini memerlukan pembedahan segera untuk pembetulan jantung kerana dia berisiko untuk mengalami kegagalan jantung dan akan memerlukan sokongan oksigen sepanjang hayatnya.
Cek tersebut akan disampaikan sendiri oleh pegawai DYAM Tunku Mahkota Johor kepada ibunya, Koh Bee Bee bagi menampung kos pembedahan segera dan rawatan...
BANTUAN UNTUK KOS PERUBATAN ADIK KOH JIA WEI
Saya telah menerima laporan dari pegawai saya berkenan adik Koh Jia Wei dan saya akan hulurkan bantuan untuk kos perubatan. Saya berharap dan berdoa agar pembedahan ini dapat membantu beliau meneruskan hidup dengan lebih sempurna.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
https://www.nst.com.my/news/nation/2022/03/784558/single-mother-appeals-public-help-fund-daughters-heart-surgery
