Skip to main content

DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR MELAWAT STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL BERSAMA PENYELIA PADANG JDT DAN CAPAI KATA SEPAKAT DENGAN PIHAK STADIUM UNTUK PADANG BAHARU

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor melawat Stadium Nasional Bukit Jalil dan berbincang mengenai penajaan rumput jenis Zeon Zoysia kepada stadium itu dengan YB Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu, Menteri Belia Dan Sukan. DYAM Tunku Ismail turut menawarkan untuk menaja beberapa peralatan penyelenggaraan padang selepas padang ditukar. Perbadanan Stadium Malaysia mengalu-alukan penajaan tersebut namun meminta kerja-kerja tersebut hanya dimulakan pada Januari 2023 berikutan stadium telah ditempah sepenuhnya dengan pelbagai acara...

Continue reading

MELAWAT DAN BERAMAH MESRA BERSAMA WARGA KERJA POLIS DIRAJA MALAYSIA KONTINJEN JOHOR

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Mes Pegawai Kanan Polis Kontinjen Johor bagi melawat dan beramah mesra bersama wargakerja Polis DiRaja Malaysia Kontinjen Johor pada 15 Mac 2022 yang turut dihadiri oleh YDH CP Dato’ Kamarul Zaman bin Mamat, Ketua Polis Johor. Dalam majlis tersebut, baginda turut menyaksikan sesi penyerahan tiga buah motosikal Kawasaki GTR 1400 daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor kepada Istana Johor. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

LAWATAN BERAMAH MESRA BERSAMA WARGA LABIS, SEGAMAT

Pada hari ini (9 Mac 2022), saya telah pergi ke daerah Segamat untuk melawat dan beramah mesra dengan para penduduk di sekitar kawasan Labis. Program untuk hari ini bermula dengan lawatan ziarah kasih ke rumah warga-warga kampung yang asnaf bagi menghulurkan bantuan kepada mereka. Semoga sumbangan yang disampaikan dapat meringankan beban mereka. Seterusnya, program disambung dengan menyantuni para belia termasuk Southern Voluteers yang telah banyak membantu semua daerah di Johor dengan pelbagai misi seperti vaksinasi, banjir dan sebagainya. Terima kasih kepada semua warga Labis,...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.