Skip to main content

DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR TERIMA MENGADAP RASMI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN NEGERI JOHOR

DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor menerima mengadap rasmi pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Johor di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, pada hari ini (14 Ogos). Dalam majlis tersebut, DYAM Pemangku Sultan Johor turut menyempurnakan penyampaian pingat dan darjah kebesaran kepada Mejar Jeneral Ahmad Shuhaimi Mat Wajab, Panglima 21 Gerup Gerak Khas dan Kolonel Mohd Farid Azwanshah Bin Sahar, Juruiring kepada DYAM Pemangku Sultan Johor. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

TERIMA MENGADAP PENERIMA BIASISWA ORANG MUDA JOHOR

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap penerima Biasiswa Orang Muda Johor iaitu Muhammad Fauzi Syahmi bin Mohd Zain, Laxmann A/L Muralitharan dan Lee Chong Ming pada hari ini, 12 Ogos 2025. Hadir sama adalah YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

TERIMA MENGADAP MENTERI BESAR JOHOR DAN SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Dato’ Haji Asman Shah Abd. Rahman, Setiausaha Kerajaan Johor pada hari ini, 12 Ogos 2025. Dalam pertemuan ini, pelbagai perkara dan isu-isu penting disampaikan kepada DYAM Pemangku Sultan Johor dan dibincangkan. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.