Skip to main content

TERIMA MENGADAP MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Bin Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia pada hari ini, 26 Ogos 2025. Hadir sama adalah YBhg. Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), YBhg. Datuk Dr. Mahathar Abd Wahab, Ketua Pengarah Kesihatan, YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Dato’ Haji Asman Shah Abd. Rahman, Setiausaha Kerajaan Johor dan YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor. Allah Peliharakan...

Continue reading

TERIMA MENGADAP MENTERI BESAR JOHOR DAN SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Dato’ Haji Asman Shah Abd. Rahman, Setiausaha Kerajaan Johor pada hari ini, 26 Ogos 2025. Hadir sama adalah YB Dato’ Haji Lukman Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ). Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

PEMANGKU SULTAN JOHOR MELAWAT MANGSA KES BULI

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor berangkat melawat adik Izzul Islam Azuan Isaidi, berumur 10 tahun, yang dilaporkan menjadi mangsa buli dan mengalami gegaran otak sehingga menjejaskan kehidupannya. Turut mengiringi keberangkatan Baginda ke Hospital Pakar Puteri KPJ, Johor Bahru adalah YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Dato’ Asman Shah Abd Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dan Arif Aiman, pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim. “Gejala buli harus dibendung dan...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.