Skip to main content

TERIMA MENGADAP MENTERI BESAR JOHOR DAN SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Dato’ Haji Asman Shah Abd. Rahman, Setiausaha Kerajaan Johor pada hari ini, 9 September 2025. Dalam pertemuan ini, pelbagai perkara dan isu-isu penting disampaikan kepada DYAM Pemangku Sultan Johor dan dibincangkan. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

SOLAT MAGHRIB SERTA SOLAT BERJEMAAH BERSAMA PASUKAN BOLA SEPAK HARIMAU MALAYA DAN PASUKAN BOLA SEPAK KEBANGSAAN PALESTIN

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat menunaikan solat Maghrib serta solat hajat berjemaah bersama pasukan bola sepak Harimau Malaya dan pasukan bola sepak kebangsaan Palestin di Masjid Sultan Abu Bakar pada hari ini, 7 September 2025. Baginda turut menyampaikan sumbangan kurniaan peribadi dan juga dari Kerajaan Negeri Johor melalui Tabung Kasih Johor-Palestin untuk disalurkan bagi keperluan kemanusiaan dan pembangunan. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

PENINGKATAN NEGERI JOHOR SEJAK TAHUN 2024

9 Mei 2024 — Dalam titah ucapan pembukaan sidang ADUN yang pertama saya sebagai Pemangku Sultan Johor, saya telah menyatakan bahawa keutamaan saya untuk Negeri Johor adalah untuk mempertingkatan Ekonomi, Pendidikan, Infrastruktur dan Penjagaan Kesihatan agar Bangsa Johor dapat menikmati kualiti hidup yang lebih baik. Berikut merupakan merupakan pencapaian Johor sejak titah ucapan tersebut: EKONOMI KDNK Johor tahun 2024 mencatat pertumbuhan 6.4% yang merupakan tertinggi di Malaysia dan melebihi purata nasional (5.1%). Johor mencatat nilai pelaburan yang diluluskan berjumlah...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.