Skip to main content

TITAH DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR BERKENAAN KUALITI DAN STANDARD PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR (JCS)

Tiga Pegawai Tadbir Negeri Johor (JCS) baru-baru ini telah menamatkan kursus mereka di Harvard Kennedy School. Ini adalah satu permulaan dan kita mahu lebih ramai pegawai JCS memiliki kelayakan tinggi. Johor akan meneroka pendekatan baharu untuk menyediakan kursus profesional di Johor melalui kerjasama dengan Universiti Harvard. Kita perlu memastikan bahawa Johor ditadbir oleh pegawai JCS yang mempunyai standard dan kemahiran profesional yang tinggi. Seiring dengan pertumbuhan pesat Johor susulan penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), kita juga akan meningkatkan kualiti...

Continue reading

TITAH DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR TENTANG KEJAYAAN KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM (JDT)

Ia bukan sekadar tentang penyertaan. Ia sentiasa tentang penguasaan dan peningkatan sejak dari awal lagi. Satu persoalan, dengan segala propaganda dan kempen yang mereka buat selama ini, apakah perubahan dan perbezaan yang mereka telah capai? Kosong! Sedangkan kami terus berkembang, bertambah baik dan meningkat ke tahap yang lebih tinggi setiap tahun. Lucu apabila segelintir ‘pesaing’ kami sering merungut dan mengadu kononnya mereka tidak dapat bersaing dengan kami, sehingga menghasut bahawa semua pasukan patut tarik diri dan kononnya liga ini sudah mati. Kita tidak lihat mentaliti...

Continue reading

SELAMAT HARI PEKERJA

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada para pekerja yang menjadi tulang belakang kejayaan negeri Johor. Terima kasih atas perjuangan dan pengorbanan anda. Selamat Hari Pekerja! Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.