Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor memberi penghormatan kepada Yang Amat Mulia Tengku Abdul Rahman Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Tengku Muda Pahang yang akan meninggalkan industri bola sepak Malaysia setelah tamat musim 2024-25. DYAM Pemangku Sultan Johor turut mengucapkan syabas dan terima kasih kepada YAM Tengku Muda Pahang atas sumbangan Baginda kepada industri bola sepak Malaysia.
DYAM Pemangku Sultan Johor telah berangkat ke perlawanan akhir Piala Malaysia di mana Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim memenangi trofi...
MAJLIS ANGKAT SUMPAH SURUHANJAYA PERKHIDMATAN TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Angkat Sumpah Suruhanjaya Perkhidmatan Timbalan Setia Negeri Johor di Balai Mengadap Istana Bukit Serene pada hari ini, 23 April 2025. Allah Peliharakan Sultan.
DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR MENGADAKAN JAMUAN MAKAN MALAM UNTUK PARA PEMAIN DAN BARISAN KEJURULATIHAN KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM (JDT)
DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor telah mengadakan jamuan makan malam untuk para pemain dan barisan kejurulatihan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di Istana Pasir Pelangi malam ini, 22 April 2025. Allah Peliharakan Sultan.
MAJLIS PERTUKARAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA KERAJAAN NEGERI JOHOR DAN SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM)
DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman Antara Kerajaan Negeri Johor dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Dewan Kenanga, Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru pada hari ini, 21 April 2025.
Menerusi kerjasama antara Johor dan SKMM ini, pelbagai inisiatif baharu akan dilaksanakan termasuk pembangunan infrastruktur digital, peluasan liputan 5G di kawasan-kawasan strategik, memperluas liputan rangkaian Internet, pembangunan literasi digital rakyat dan pelaksanaan program keselamatan siber....
ULANGTAHUN KEPUTERAAN TUNKU ZAHRAH ZARITH AZIYAH
Selamat Ulangtahun Keputeraan kepada YAM Tunku Zahrah Zarith Aziyah Binti Tunku Ismail
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor