Skip to main content

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA ASKAR TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR (JMF)

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor selaku Pegawai Memerintah Askar Timbalan Setia Negeri Johor berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) pada hari ini, 18 April 2025 di Wisma Iskandar, Kem Sultan Ibrahim, Johor Bahru. Turut mengiringi keberangkatan Baginda adalah Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor dan YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

TITAH DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR BERKENAAN PENCAPAIAN JOHOR

Johor telah mencatat pelaburan bernilai RM27.4 bilion bagi suku pertama tahun 2025. Pencapaian ini didorong terutamanya oleh Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) serta pelbagai inisiatif lain yang dilaksanakan bagi menarik lebih banyak pelaburan ke negeri ini. Pada masa yang sama, seperti yang saya telah tegaskan apabila dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor, saya akan memastikan tahap pendidikan di Negeri Johor dipertingkatkan. Pihak Kerajaan Johor telah memperuntukkan RM55 juta untuk memperbaiki sistem pendidikan di Johor. Berkenaan mitigasi banjir yang sepatutnya lengkap...

Continue reading

TERIMA MENGADAP MENTERI BESAR JOHOR

Pertemuan yang baik bersama YAB Menteri Besar Johor bagi mengikuti rapat perkembangan negeri Johor. Saya sempat meneliti kemajuan agenda utama saya iaitu penambahbaikan silibus pendidikan negeri, infrastruktur dan ekonomi Johor. Saya bangga dengan kemajuan yang dicapai kerana saya telah mencabar diri sendiri dan kerajaan negeri untuk menyempurnakan misi kami serta mencapai sebanyak mungkin dalam tempoh lima tahun. Matlamat adalah untuk mempertingkatkan pemikiran dan prestasi pegawai-pegawai kerajaan dalam agensi negeri serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Saya memantau kawalan...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.