Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke program berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn, Johor Bahru pada 5 Mac 2025. Baginda turut menunaikan solat Maghrib berjemaah di masjid tersebut.
Hadir sama adalah YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor dan Sonny Bill Williams, bekas pemain ragbi All Blacks New Zealand dan peninju heavyweight profesional. Allah Peliharakan Sultan.
RAMADAN AL-MUBARAK
Saya sekeluarga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak dan selamat berpuasa kepada semua umat Islam.
Semoga Ramadan tahun ini memberi keberkatan dan rahmat buat kita semua. Insya-Allah. Salam Ramadan Kareem.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
SOLAT JUMAAT DI MASJID TEMENGGONG DAENG IBRAHIM, TELOK BLANGAH, SINGAPURA
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail menunaikan solat Jumaat di Masjid Temenggong Daeng Ibrahim, Telok Blangah, Singapura pada 28 Februari 2025.
Baginda bertiga turut berangkat menziarahi Makam Diraja Teluk Blangah, Singapura selepas solat Jumaat. Allah Peliharakan Sultan.
SOLAT SUBUH BERSAMA RAKYAT DI MASJID AL-SYIFA, BANDAR PENAWAR
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat menunaikan solat Subuh bersama rakyat di Masjid Al-Syifa, Bandar Penawar, Johor pada hari ini, 26 Februari 2025.
Hadir sama adalah Sonny Bill Williams, bekas pemain ragbi All Blacks New Zealand dan peninju heavyweight profesional. Allah Peliharakan Sultan.
TERIMA MENGADAP TIMBALAN PERDANA MENTERI
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada hari ini, 25 Februari 2025.
Hadir sama adalah YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor. Allah Peliharakan Sultan.
TERIMA MENGADAP PESURUHJAYA TINGGI REPUBLIK SINGAPURA KE MALAYSIA
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap H.E. Vanu Gopala Menon, Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Malaysia pada hari ini, 24 Februari 2025. Allah Peliharakan Sultan.