Skip to main content

SOLAT JUMAAT DI MASJID DATO’ HJ MOHD LIP BIN BEDU, KEM SULTAN IBRAHIM

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail menunaikan solat Jumaat di Masjid Dato’ Hj Mohd Lip Bin Bedu, Kem Sultan Ibrahim pada 21 Februari 2025. Turut mengiringi keberangkatan baginda adalah YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan Sonny Bill Williams, bekas pemain ragbi All Blacks New Zealand dan peninju heavyweight profesional. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP MAJLIS TILAWAH AL-QURAN KALI KE-69 DAN MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2025M/1446H

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berangkat ke Majlis Perasmian Penutup Majlis Tilawah Al-Quran Kali Ke-69 Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Johor Tahun 2025M/1446H yang berlangsung di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Bahru pada hari ini, 20 Februari 2025. Pada majlis berkenaan, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor mengurniakan hadiah kepada peserta lelaki dan johan keseluruhan daerah manakala YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor mengurniakan hadiah kepada peserta...

Continue reading

MAJLIS MAKAN TENGAHARI BERSAMA BARISAN AHLI-AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIA (FAM) BAHARU

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke majlis makan tengahari bersama barisan Ahli-Ahli Jawatankuasa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu pada hari ini, 18 Februari 2025. Hadir sama adalah mantan presiden FAM, Tan Sri Dato’ Haji Hamidin Bin Haji Mohd Amin. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

MAJLIS PERASMIAN PEJABAT OPERASI INVEST MALAYSIA FACILITATION CENTRE JOHOR (IMFC-J)

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Perasmian Pejabat Operasi Invest Malaysia Facilitation Centre Johor (IMFC-J) di Forest City, Gelang Patah, Johor pada 18 Februari 2025. Hadir sama adalah YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor dan YBM Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR BERANGKAT MENYAKSIKAN PERLAWANAN ‘ONE LAST DANCE’ MUHAMMAD FARKHAN HARON DALAM KEJOHANAN TINJU ANTARABANGSA JOHOR (JIBC) JOHOR

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat menyaksikan perlawanan ‘One Last Dance’ peninju profesional negara kelahiran Johor, Muhammad Farkhan Haron dalam Kejohanan Tinju Antarabangsa Johor (JIBC) 2025. Farkhan telah mempertahankan tali pinggang kejuaraan WBC Asia Bridgerweight dalam pertarungan tersebut. DYAM Pemangku Sultan Johor turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Farkhan kerana membanggakan negeri Johor dalam sukan tinju. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.