Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia pada hari ini, 5 Februari 2025. Allah Peliharakan Sultan.
MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA KE-268
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 yang berlangsung di Istana Negara pada 5 Februari 2025.
Mesyuarat berkenaan turut dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri-Negeri. Allah Peliharakan Sultan.
ULANG TAHUN KEPUTERAAN TUNGKU PANGLIMA JOHOR
Selamat Ulang Tahun Keputeraan kepada YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
PRA-MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA KE-268
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 yang berlangsung di Istana Negara pada 4 Februari 2025. Allah Peliharakan Sultan.
TITAH DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR BERKAITAN JOHOR
Pendidikan, Ekonomi, Infrastruktur Negeri dan Peluang Pekerjaan adalah matlamat dan keutamaan saya sejak saya menjadi Pemangku Sultan Johor.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor