Setiap tahun, Keluarga Diraja Johor mengurniakan sumbangan yang signifikan bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat. Ini termasuk pemberian wang tunai, makanan, peralatan kesihatan dan lain-lain sumbangan.
Dengan nilai sumbangan yang melebihi RM100 juta setahun, inisiatif ini telah membantu meringankan beban ramai keluarga dan individu.
Namun, walaupun sumbangan yang berterusan ini telah dikurniakan untuk kesejahteraan rakyat, ada segelintir pihak hanya ingin fokus kepada kejadian melibatkan seorang pegawai pengiring polis yang bertindak sendiri.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota...
TITAH DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR BERHUBUNG KES POLIS PENGIRING POLIS DIRAJA MALAYSIA MEMUKUL OKU
Merujuk kepada kejadian yang berlaku di St Regis Hotel Kuala Lumpur pada 28 Mei 2024, saya telah dimaklumkan pada hari berikutnya dan dengan segera saya menggesa pasukan pengiring keselamatan Polis Diraja Malaysia untuk bekerjasama dengan pihak penyiasatan.
Saya tidak membenarkan sebarang tindakan atau ugutan yang menyalahi undang-undang. Saya menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat secara menyeluruh berkaitan kejadian seorang pegawai polis pengiring yang didakwa melakukan perbuatan berbahaya. Saya berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan mengikut undang-undang dan memberi...
SELAMAT ULANG TAHUN KEPADA YAM TUNKU PUTERA JOHOR
Selamat Ulangtahun Keputeraan kepada YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
TERIMA MENGADAP MENTERI EKONOMI
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YB Mohd Rafizi Bin Ramli, Menteri Ekonomi di Istana Negara pada hari ini, 28 Mei 2024.
Hadir sama adalah YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor, Dato’ Dr Badrul Hisham Kassim, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Iskandar (IRDA) dan Dato’ Ashari Kasnan, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan). Allah Peliharakan Sultan.
TERIMA MENGADAP EXCO BELIA, SUKAN, PEMBANGUNAN USAHAWAN, KOPERASI DAN SUMBER MANUSIA NEGERI JOHOR; DATUK BANDAR JOHOR BAHRU SERTA KETUA POLIS JOHOR
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YB Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, YB Dato’ Haji Mohd. Noorazam bin Dato’ Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru dan YDH CP M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Ketua Polis Johor pada hari ini, 26 Mei 2024.
Dalam pertemuan ini, pelbagai perkara berkaitan hal ehwal negeri dan isu-isu penting disampaikan kepada DYAM Pemangku Sultan Johor dan dibincangkan. Allah Peliharakan Sultan.
PENYERAHAN KURNIAAN DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR
Penyerahan kurniaan sumbangan DYAM Pemangku Sultan Johor kepada 4 orang penerima dari Mukim Parit Bakar telah disampaikan oleh En. Muhammad Ismat bin Salleh, Penolong Pegawai Daerah selaku wakil Yang Berbahagia Tuan Haji Hasrin Kamal Bin Hashim, Pegawai Daerah Muar di rumah penerima berkenaan.
Penerima terdiri dari mereka yang kurang berkemampuan dan merupakan pesakit kronik. Kurniaan ini diharapkan dapat membantu golongan tersebut serta meringankan beban mereka.
Turut serta bersama adalah Penghulu Tertinggi, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung yang berkenaan.