Skip to main content

ISTIADAT KEBERANGKATAN KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG DAN KDYMM SERI PADUKA BAGINDA PERMAISURI AGONG KE REPUBLIK SINGAPURA

DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berangkat ke Istana Besar, Johor Bahru sempena istiadat keberangkatan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah ke Republik Singapura pada hari ini, 6 Mei 2024. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

TERIMA MENGADAP TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YDH DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, Timbalan Ketua Polis Negara pada hari ini, 5 Mei 2024. Perbincangan sesi pertemuan tersebut tertumpu kepada aspek-aspek keselamatan dan isu-isu terkini berkaitan Polis DiRaja Malaysia. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

SELAMAT HARI PEKERJA

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada para pekerja yang menjadi tulang belakang kejayaan negeri Johor. Terima kasih atas perjuangan dan pengorbanan anda. Selamat Hari Pekerja! Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor

Continue reading

DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR MELUANGKAN MASA BERTEMU LEGENDA BOLA SEPAK, LUIS FIGO

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor meluangkan masa bertemu legenda bola sepak dan juga bekas Pemain Terbaik Dunia, Luis Figo semalam, 21 April 2024 di Sepanyol. DYAM Pemangku Sultan Johor dan Figo turut membincangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan dan pembangunan bola sepak. Figo kini merupakan penasihat bola sepak dan duta badan induk bola sepak Eropah, UEFA. Baginda juga menjemput Figo ke Johor Bahru untuk berbincang dengan lebih lanjut bagaimana ia boleh memberi manfaat kepada bola sepak di Johor dan Malaysia. Luaskan Kuasamu...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.