Skip to main content

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA KONTINJEN POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) NEGERI JOHOR DI IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN (IPK) JOHOR

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor serta paduka anakanda berangkat ke Majlis Ramah Mesra bersama Kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Johor yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada hari ini, 23 Jun 2024. Dalam majlis tersebut, Baginda sekeluarga dipersembahkan dengan aksi pertunjukan motosikal berkuasa tinggi, demonstrasi Unit Anjing Pengesan (K9), persembahan Kawalan Rapat Keselamatan dan Pengeluaran Orang Kenamaan (VVIP) oleh Unit Tindak Khas Pasukan Gerakan Khas...

Continue reading

TERIMA MENGADAP RAJA BHUTAN

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap Raja Bhutan Raja Jigme Khesar Namgyel Wangchuck di Istana Bukit Serene, Johor pada hari ini, 22 Jun 2024. Hadir sama adalah YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor. Raja Bhutan turut diraikan dalam satu majlis santapan tengah hari bersama KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan DYAM Pemangku Sultan Johor. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

SOLAT JUMAAT BERSAMA RAKYAT DI MASJID KAMPUNG MELAYU MAJIDEE, JOHOR BAHRU

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru pada hari ini, 21 Jun 2024. Hadir sama adalah YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor, YB Dato’ Dennis Muhammad Bin Abdullah dan YB Dato’ Dr. Abdul Rahim Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

TERIMA MENGADAP DELEGASI KEDUTAAN SEPANYOL DI MALAYSIA

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap delegasi Kedutaan Sepanyol di Malaysia yang diketuai oleh TYT Jose Luis Pardo Cuerdo, Duta Sepanyol ke Malaysia di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, Johor pada hari ini, 19 Jun 2024. Hadir sama adalah YB Dato’ Haji Mohammed Ridha Dato’ Haji Abd Kadir, Pegawai Kewangan Negeri Johor dan YB Dato’ Haji Mohd. Noorazam bin Dato’ Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

SOLAT SUNAT AIDILADHA BERSAMA RAKYAT

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Masjid Pasir Pelangi, Johor Bahru bagi menunaikan solat sunat Aidiladha bersama rakyat pada hari ini, 17 Jun 2024 bersamaan 10 Zulhijjah 1445H. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.