Skip to main content

PROJEK BERIMPAK TINGGI DI DAERAH KLUANG — PEMBINAAN LORONG TAMBAHAN LEBUHRAYA UTARA SELATAN

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat melawat Projek Berimpak Tinggi Di Daerah Kluang iaitu Pembinaan Lorong Tambahan Lebuhraya Utara Selatan pada hari ini, 15 Februari 2024. Hadir sama adalah YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor. Dalam sesi lawatan tersebut, Baginda diberi taklimat secara terperinci mengenai projek berkenaan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Pembinaan tersebut melibatkan Fasa 1 dari Senai Utara ke Sedenak dan Fasa 2 dari Sedenak ke Simpang Renggam. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

ISTIADAT PELANTIKAN YANG BERHORMAT AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN JOHOR

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Istiadat Pelantikan Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor yang telah berlangsung di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada 13 Februari 2024. Dalam istiadat tersebut, ADUN Tanjung Surat, Yang Berhormat Tuan Aznan Tamin telah mengangkat sumpah memegang jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Hadir sama dalam majlis tersebut adalah YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Dato’ Dr. Abdul Rahim Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor dan YB Tan Sri...

Continue reading

SELAMAT TAHUN BARU CINA

Saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua masyarakat Cina dan semoga tahun ini membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada anda semua. Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor

Continue reading

DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR BERANGKAT MENUNAIKAN SOLAT SUBUH BERSAMA RAKYAT

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat menunaikan solat Subuh bersama rakyat di Surau Al-Muttaqin Taman Desaru Utama, Bandar Penawar, Johor pada hari ini, 9 Februari 2024. Hadir sama adalah YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.