SELAMAT HARI THAIPUSAM
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Thaipusam kepada semua penganut agama Hindu.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
ALMARHUM SULTAN ISKANDAR SENTIASA DALAM INGATAN BANGSA JOHOR
Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail mangkat pada usia 77 tahun, pada malam 22 Januari 2010, selepas hampir tiga dekad memerintah negeri Johor.
Baginda yang dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981, turut dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-8 pada tahun 1984.
Almarhum Sultan Iskandar, merupakan Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden, merupakan seorang sultan yang tegas dan sentiasa menitikberatkan disiplin dalam pemerintahan Baginda.
Baginda juga seorang sultan berjiwa rakyat yang sentiasa menghulurkan sumbangan kepada rakyat yang...
SOLAT JUMAAT DI MASJID DATO’ HJ MOH LIP BIN BEDU, KEM SULTAN IBRAHIM
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Dato’ Hj Mohd Lip Bin Bedu, Kem Sultan Ibrahim pada 19 Januari 2024.
Hadir sama adalah YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor. Allah Peliharakan Sultan.
TERIMA MENGADAP PEGAWAI KEWANGAN NEGERI JOHOR DAN TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR (PEMBANGUNAN) BAHAGIAN PERANCANG EKONOMI NEGERI JOHOR
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap YB Dato’ Haji Mohammed Ridha bin Dato’ Haji Abd Kadir, Pegawai Kewangan Negeri Johor, YB Dato’ Haji Ashari Haji Kasnan, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan) Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor dan YB Dato’ Haji Salehuddin Haji Hassan di Ibu Pejabat Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) pada hari ini, 18 Januari 2024. Allah Peliharakan Sultan.