DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT DI MASJID DATO’ HJ MOHD LIP BIN BEDU, KEM SULTAN IBRAHIM
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail menunaikan solat Jumaat di Masjid Dato’ Hj Mohd Lip Bin Bedu, Kem Sultan Ibrahim pada 23 Februari 2024. Allah Peliharakan Sultan.
TERIMA MENGADAP KETUA PENGARAH AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA DAN PENGARAH MARITIM NEGERI JOHOR
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YBhg Laksamana Maritim Datuk Hamid Haji Mohd Amin, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Bin Zakaria, Pengarah Maritim Negeri Johor pada hari ini, 22 Februari 2024. Allah Peliharakan Sultan.
DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR BERANGKAT KE MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA KE-265 (HARI KEDUA)
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265 (Hari Kedua) yang berlangsung di Istana Negara pada 22 Februari 2024.
Mesyuarat berkenaan yang bersidang selama dua hari dihadiri oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri dan turut diiringi oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri masing-masing.
Hadir sama adalah YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. Allah Peliharakan Sultan.
TERIMA MENGADAP PANGLIMA TENTERA DARAT MALAYSIA
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap Jeneral Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizudeain bin Jantan, Panglima Tentera Darat pada hari ini, 21 Februari 2024.
Dalam pertemuan tersebut, perbincangan tertumpu isu-isu terkini berkaitan aset-aset ketenteraan serta cara-cara menjamin keselamatan dan keamanan khususnya negeri Johor. Allah Peliharakan Sultan.
DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR BERANGKAT KE MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA KE-265 (HARI PERTAMA)
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265 (Hari Pertama) yang berlangsung di Istana Negara pada 21 Februari 2024.
Mesyuarat berkenaan yang bersidang selama dua hari turut dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri-Negeri. Allah Peliharakan Sultan.