Skip to main content

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH MERSING

Pegawai Daerah Mersing, Ybhg. Tuan Haji Mohammed Shakib Bin Haji Ali telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga yang memerlukan di Mukim Mersing bagi bulan Februari (Fasa 1) Tahun 2022. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan dan tiada pekerjaan.

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR UNTUK KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN DI DAERAH SEGAMAT BAGI BULAN FEBRUARI FASA 2

Penyampaian Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah disempurnakan oleh YBhg Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim selaku Pegawai Daerah Segamat. Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku oleh Pegawai Daerah Segamat telah diserahkan kepada 5 buah keluarga di sekitar Mukim Gemas Daerah Segamat yang melibatkan beberapa buah kampung. Penerima terdiri daripada keluarga yang kurang berkemampuan, mempunyai penyakit kronik, tidak bekerja tetap, warga emas yang uzur memerlukan penjagaan dari anak-anak dan mempunyai tanggungan keluarga yang ramai. Semoga...

Continue reading

PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN FEBUARI 2022 DAERAH PONTIAN

Ybhg. Tuan Haji Mohd Rafi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Pontian bersama rombongan Pentadbiran Daerah Pontian, Encik Mohd Azmee Bin Awang, Penolong Pegawai Daerah Pontian berkesempatan menyampaikan sumbangan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Kepada 8 Buah Keluarga Yang Kurang Bernasib Baik Di sekitar Daerah Pontian Khususnya Di Mukim Sungai Pinggan dan Mukim Ayer Baloi. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH TANGKAK

Encik Azman Bin Haji Mohamed Shah selaku Pegawai Daerah Tangkak telah mengadakan kunjungan dan menyampaikan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di Mukim Tangkak. Inisiatif Tunku Mahkota Johor ini menyasarkan penerima dari kalangan keluarga yang daif, asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan tanpa keterbatasan dari segi agama dan bangsa. Bagi fasa ini, penerima adalah dari kalangan penghidap darah tinggi, kencing manis, kematian suami dan ahli isi rumah OKU (masalah pembelajaran) serta penerima yang telah menjalani pembedahan...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR UNTUK KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN DI DAERAH SEGAMAT BAGI BULAN FEBRUARI FASA 1

Penyampaian kurniaan telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim selaku Pegawai Daerah Segamat. 1. Penerima pertama merupakan seorang ibu tunggal yang bekerja sambilan dan mempunyai 4 orang anak. 2. Penerima kedua merupakan individu menjaga isteri yang mempunyai masalah kesihatan. Beliau mempunyai seorang anak yang bekerja sambilan untuk menyara keluarga. 3. Penerima ketiga merupakan ketua keluarga yang menjaga 5 ahli keluarga dan seorang anak yang mempunyai masalah kesihatan. Turut serta bersama adalah Penolong Pegawai Daerah Pembangunan Masyarakat,...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.