Skip to main content

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI MUKIM KOTA TINGGI , DAERAH KOTA TINGGI

Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 1 bagi bulan Februari 2022 bertempat di Mukim Kota Tinggi, Daerah Kota Tinggi. Inisiatif DYAM Tunku Mahkota Johor mengurniakan bantuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan mencerminkan keperibadian baginda sebagai raja berjiwa rakyat yang amat prihatin dan mengambil berat soal kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat. Antara keluarga-keluarga penerima kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah terdiri...

Continue reading

PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN FEBRUARI FASA 1 TAHUN 2022 DAERAH BATU PAHAT

Pada hari ini, YBhg. Tuan Haji Nasri bin Md Ali , Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Bulan February Fasa 1 Tahun 2022 Lawatan pada hari ini melibatkan (3) keluarga penerima di Mukim Sungai Punggor Daerah Batu pahat Program lawatan ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik lebih-lebih lagi ketika menghadapi pandemik Covid-19. Ia akan diteruskan...

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) Fasa Satu Bulan Februari 2022 kepada beberapa keluarga di Mukim Kulai. Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulai, wakil Amin Baitulmal Daerah Kulai, wakil Pegawai JKM Kulai, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat. Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor ini bagi membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan dan terjejas...

Continue reading

ZIARAH KASIH PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Ziarah Kasih YBhg Tuan Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Pegawai Daerah Muar ke Mukim Bandar bagi menyempurnakan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang sangat berjiwa besar kepada bangsa Johor yang serba kekurangan. Pegawai Daerah Muar menyantuni Encik Rahman Bin Ruhiat yang mengalami kanser dan strok. Beliau mempunyai tanggungan seramai 5 org anak. Keadaan beliau terlantar dan dijaga oleh isteri dan anak-anak. Penerima yang kedua Puan Achel Binti Shukor, yang menetap di Jalan Daud Muar. Beliau merupakan ibu tunggal dan mempunyai...

Continue reading

KURNIAAN DYMM PERMAISURI JOHOR SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DAERAH MUAR

YBhg Tuan Haji Mustaffa Kamal bin Dato Haji Shamsudin, Pegawai Daerah Muar mengadakan lawatan dan menyerahkan kurniaan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor kepada keluarga e kasih dan warga emas berbangsa cina di sekitar Mukim Bukit Kepong, Lenga dan Panchor sempena sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tiba ini. Atas keprihatinan DYMM Tuanku Permaisuri Johor, kurniaan wang tunai dan barang keperluan asas ini adalah bagi membantu mengurangkan beban mereka yang terkesan akibat penularan pandemik Covid-19.

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.