Skip to main content

PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN MAC FASA 1 TAHUN 2022

YBhg. Tuan Haji Nasri bin Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir bagi menyempurnakan Program Ziarah ‘PRIHATIN’ Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi bulan Mac Tahun 2022 – Fasa 1. Lawatan pada hari ini melibatkan Beberapa buah rumah penerima di Mukim Lubok, Program Lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu langkah proaktif dalam menyantuni golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik lebih-lebih lagi ketika mendepani era Pasca Pandemik Covid-19. Gerak usaha...

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) Fasa Satu dan Dua Bulan Mac 2022 kepada beberapa keluarga di tiga buah Mukim iaitu Mukim Bukit Batu, Mukim Sedenak dan Mukim Senai, hari ini. Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulai, Penolong-Penolong Pegawai Daerah Kulai, wakil Amin Baitulmal Daerah Kulai, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat. Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor ini bagi membantu meringankan beban...

Continue reading

ZIARAH KASIH PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR FASA 2 TAHUN 2022

YB Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Pegawai Daerah mengadakan lawatan dan ziarah kasih ke Mukim Lenga bagi menyerahkan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang sangat prihatin dan kasih kepada Bangsa Johor yang kurang berkemampuan dan terkesan akibat pandemik COVID-19. Selain itu, tuan Pegawai Daerah juga turut menyampaikan kurniaan kepada masjid-masjid yang terpilih di mukim Sungai Terap, Pagoh dan Lenga. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah perkenan inisiatif berterusan baginda Tunku Mahkota Johor untuk...

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) Fasa Dua Bulan Februari 2022 kepada beberapa keluarga di dua buah Mukim iaitu Mukim Bukit Batu dan Mukim Sedenak. Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor ini bagi membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan dan terjejas akibat wabak pandemik Covid-19. Selain itu, tiga buah masjid juga turut menerima kurniaan iaitu Masjid Al-Muhajirin, Felda Bukit Batu; Masjid Al-Firdaus,...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH TANGKAK

Encik Azman Bin Haji Mohamed Shah selaku Pegawai Daerah Tangkak telah mengadakan kunjungan dan menyampaikan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di Mukim Kesang, Serom, Kundang dan Tangkak. Inisiatif Tunku Mahkota Johor ini menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga yang daif, asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan tanpa keterbatasan dari segi agama dan bangsa. Bagi fasa ini, penerima adalah dari golongan warga emas yang uzur, pesakit OKU (pendengaran dan saluran pemakanan), kurang berkemampuan, kehilangan ahli keluarga...

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI MUKIM SEDILI KECIL, DAERAH KOTA TINGGI

Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 2 bagi bulan Februari 2022 bertempat di Mukim Sedili Kecil, Daerah Kota Tinggi. Inisiatif DYAM Tunku Mahkota Johor mengurniakan bantuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan mencerminkan keperibadian baginda sebagai raja berjiwa rakyat yang amat prihatin dan mengambil berat soal kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat. Antara keluarga-keluarga penerima kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.