Sekitar Penyampaian Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada tiga buah keluarga yang kurang berkemampuan dan bernasib baik bagi Bulan September Fasa 2 di Felda Chemplak, Rumah Murah Labis, dan Taman Karas, Labis. Penyampaian telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Segamat. Turut serta adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Segamat dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) Daerah Segamat.
Semoga sumbangan ini dapat meringankan keluarga penerima.
Menjunjung Kasih Tunku.
PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH PONTIAN
Yang Berbahagia Tuan Haji Zulkifly Bin Haji Mohd Tahir , Pegawai Daerah Pontian mengadakan lawatan ziarah kasih kepada 6 buah keluarga yang kurang bernasib baik di sekitar Daerah Pontian Serta Menziarahi Kakitangan Pejabat Daerah Pontian (En Zulkifle Bin Tubee,Penghulu Mukim Benut) yang sakit.
Turut hadir KADO ADO EO Pejabat Daerah Pontian,Penolong Pegawai Baitulmal MAIJ Daerah Pontian,Wakil JKM Pontian dan Penghulu Mukim. Tuan Pegawai Daerah Pontian juga menyampaikan kurniaan RM1000 oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor kepada setiap...
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN SEPTEMBER
Sekitar Penyampaian Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada tiga buah keluarga yang kurang berkemampuan dan bernasib baik bagi Bulan September di Kampung Pogoh 2. Penyampaian telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Segamat. Turut serta adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Segamat dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) Daerah Segamat.
Semoga sumbangan ini dapat meringankan keluarga penerima.
Menjunjung Kasih Tunku.
KURNIAAN SUMBANGAN DAGING KORBAN KEPADA PENDUDUK DAERAH TANGKAK
Merafak Sembah Menjunjung Setinggi-tinggi Kasih Atas Perkenan Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor Atas Kurniaan Sumbangan Daging Korban Kepada Penduduk Daerah Tangkak.
SUMBANGAN DAGING KORBAN KEPADA PENDUDUK DAERAH MUAR SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA 1441H/2020M
Merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih atas perkenan Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor mengurniakan sumbangan daging korban kepada penduduk Daerah Muar sempena Hari Raya Aidiladha 1441H/2020M.
Menjunjung kasih Tunku
Allah Peliharakan Sultan.
KURNIAAN BARANGAN MAKANAN BAGI FASA 2 KEPADA PENDUDUK-PENDUDUK DAERAH PONTIAN YANG TERJEJAS AKIBAT WABAK COVID-19
Menjunjung Kasih kepada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor atas kurniaan Barangan Makanan bagi Fasa 2 kepada Penduduk-penduduk Daerah Pontian yang terjejas akibat wabak Covid-19.