Menjunjung Setinggi-tinggi Kasih atas Perkenan Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor mengurniakan sumbangan kepada warga penduduk Daerah Batu Pahat yang terjejas dengan wabak COVID-19.
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN MAC
SEKITAR PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN MAC DI MUKIM BANDAR 1 , BANDAR 2 DAN BAKRI.
PENYAMPAIAN KURNIAAN TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN FEBRUARI
Sekitar Penyampaian Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada tiga buah keluarga yang kurang berkemampuan dan bernasib baik bagi Bulan Februari di Kampung Sungai Lenek, Taman Chaah Baru, dan Kampung Jawa Baru. Kurniaan telah disampaikan oleh YBhg. Tuan Haji Nasri bin Md. Ali, Pegawai Daerah Segamat.
Semoga sumbangan ini dapat meringankan keluarga penerima.
Menjunjung Kasih Tunku.
SUMBANGAN KURNIAAN TUNKU MAHKOTA JOHOR KAMPUNG SUNGAI SIPUT, JEMENTAH
31/10/2019 | Khamis
Wakil Pegawai Daerah Segamat telah diiringi oleh Tok Penghulu Mukim Jementah serta Ketua Kg. Sungai Siput untuk menyampaikan sumbangan kurniaan daripada Tunku Mahkota Johor dan sumbangan Pejabat Kebajikan Masyarakat Segamat di rumah En. Hassan di Kg. Sungai Siput, Jementah.
PROGRAM ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM PEMANGKU RAJA JOHOR
Program Ziarah Kasih Dan Penyampaian Sumbangan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim Pemangku Raja Johor bagi Fasa 2 dan 3 Bulan Oktober.
Menjunjung kasih Tuanku.
PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR OLEH PEGAWAI DAERAH PONTIAN
Program Lawatan Ziarah Kasih dan Penyampaian Sumbangan DYAM Tunku Mahkota Johor Oleh Pegawai Daerah Pontian Tuan Hj Zulkifly bin Hj Mohd Tahir bersama agensi-agensi terlibat, Majlis Agama Islam Negeri Johor (Pontian) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).