Skip to main content

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA TIGA BUAH KELUARGA BAGI BULAN NOVEMBER

Sekitar Penyampaian Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada tiga buah keluarga yang kurang berkemampuan dan bernasib baik bagi Bulan November Fasa 1 di Kampung Jawa, Jalan Pemuda, dan Kampung Tahang Rimau. Penyampaian telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Segamat. Turut serta adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Segamat dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) Daerah Segamat. Semoga sumbangan ini dapat meringankan keluarga penerima. Menjunjung Kasih Tunku.

Continue reading

PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH PONTIAN

PERKAMPUNGAN ORANG ASLI KAMPUNG SERI MAHKOTA,PONTIAN BESAR Yang Berbahagia Tuan Haji Zulkifly Bin Haji Mohd Tahir , Pegawai Daerah Pontian mengadakan lawatan ziarah kasih kepada tiga (3) buah keluarga yang kurang bernasib baik di Perkampungan Orang Asli Kg. Seri Mahkota,Pontian. Sumbangan Kepada 3 Keluarga Yang Terlibat :- 1) Puan Mariam Bte Abdullah (Kg Seri Mahkota,Pontian Besar, Mukim Pontian) 2) Puan Rukiah Binti Yasin (Kg Seri Mahkota,Pontian Besar, Mukim Pontian) 3) Encik Arshad Binti Sedikit (Kg Seri Mahkota,Pontian Besar, Mukim Pontian) Turut hadir : Barisan...

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN TUNKU MAHKOTA JOHOR

Pegawai Daerah Kulai, Tuan Haji Mohd Radzi Bin Haji Mohd Amin telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) kepada tiga penerima iaitu dua dari Mukim Senai dan seorang dari Mukim Kulai, petang tadi. Penerima pertama ialah seorang lelaki OKU, En M Subramaniam, 52 tahun dari Rumah Flat Temenggong, Mukim Kulai yang menghidap penyakit sawan, kencing manis, darah tinggi dan strok selain tidak boleh menguruskan diri sendiri. Penerima kedua pula ialah En A Saravanan, 54 tahun dari Kampung Sepakat Baru, Mukim Senai yang menghidap penyakit strok pada...

Continue reading

PROGRAM ZIARAH KASIH SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN OKTOBER FASA 1 TAHUN 2020 DAERAH BATU PAHAT

YBhg. Tuan Haji Zulkiflee bin Haji Abbas, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Kasih sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Bagi Bulan Oktober Fasa 1 Tahun 2020 pada 21 Oktober 2020. Turut hadir, Tuan Haji Ahmad Nazri bin Rebu, Ketua Penolong Pegawai Daerah; Puan Fazlina Azawiyah binti Esa, Penolong Pegawai Daerah; Encik Mohamad Izzuddin bin Ibrahim, Penolong Pegawai Daerah; Encik Mohd Hairul bin Mohmed Khalib, Penghulu Mukim Linau; serta kakitangan Pejabat Daerah Batu Pahat. Turut serta dalam lawatan tersebut adalah wakil Pegawai...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.