Program Ziarah Kasih Daerah Batu Pahat melibatkan penyampaian Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Bagi Bulan September 2019 kepada enam (6) buah keluarga oleh Pegawai Daerah Batu Pahat dan diiringi oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah, Penolong Pegawai Daerah, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, Penghulu-Penghulu serta kakitangan Pejabat Daerah Batu Pahat. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini.
PROGRAM ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM PEMANGKU RAJA JOHOR
Tuan Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Pegawai Daerah Muar mengadakan Program Ziarah Kasih ke tiga buah keluarga yang kurang bernasib baik di Mukim Ayer Hitam, Mukim Pagoh dan Mukim Parit Bakar.
Turut disampaikan kurniaan RM1000 oleh DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja kepada keluarga tersebut dan juga barangan keperluan. Hadir sama Kadi Daerah Muar, wakil Pegawai JKM Muar penghulu Mukim dan MPPK.
Semoga bantuan yang dikurniakan ini dapat meringankan beban keluarga.
Menjunjung kasih Tunku.
PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR OLEH KETUA PENOLONG PEGAWAI DAERAH PONTIAN
Program Lawatan Ziarah Kasih Dan Penyampaian Sumbangan DYAM Tunku Mahkota Johor Oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Pontian Encik Shamsul Ariff bin Sulaiman bersama agensi-agensi terlibat, Majlis Agama Islam Negeri Johor (Pontian) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
PENYAMPAIAN KURNIAAN TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN OGOS (FASA 1)
Sekitar Penyampaian Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada tiga buah keluarga yang kurang berkemampuan dan bernasib baik bagi Bulan Ogos Fasa 1 di Kampung Jawa Chaah, Kampung Kangkar, dan Ladang Claire 1.Semoga sumbangan ini dapat meringankan keluarga penerima.
Menjunjung Kasih Tunku.
PENYAMPAIAN KURNIAAN TUNKU MAHKOTA JOHOR DI SEKITAR DAERAH MERSING
Penyampaian Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada 9 buah keluarga yang kurang berkemampuan dan bernasib baik di sekitar Mukim Mersing, Jemaluang, Tenglu, Triang Besar dan Penyabong.
Semoga sumbangan ini dapat meringankan keluarga penerima.
Menjunjung Kasih Tunku.
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA KELUARGA YANG KURANG BERKEMAMPUAN DAN BERNASIB BAIK BAGI BULAN JULAI
Sekitar Penyampaian Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada 6 buah keluarga yang kurang berkemampuan dan bernasib baik bagi Bulan Julai Fasa 2 dan Fasa 3 di Mukim Bandar, Bakri, Parit Bakar, Parit Jawa, Seri Menanti dan Sungai Balang.
Semoga sumbangan ini dapat meringankan keluarga penerima. Menjunjung Kasih Tunku.