Skip to main content

Pengarang: admin

JEJAK KASIH PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI FASA 3 BULAN APRIL TAHUN 2021 DAERAH KOTA TINGGI

Jejak kasih YBhg. Puan Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi ke Pulau Tanjung Surat dan Bandar Penawar, Mukim Tanjung Surat bagi menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor yang amat prihatin dalam membela nasib rakyat yang memerlukan. Kurniaan Fasa 3 bulan April 2021 ini melibatkan tiga (3) orang penerima iaitu; Encik Samat Bin Talib di Kampung Tg. Surat yang menderita penyakit jantung dan asthma serta terpaksa menjaga anak yang menghidapi penyakit kanser usus tahap 3, Puan Halijah Binti Awang di Kampung Linting Utara Tg. Surat berusia 81 tahun yang menghidapi...

Continue reading

SEKITAR PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN MAC FASA 1 , 2 & 3, DI MUKIM NIYOR, PALOH DAN KLUANG, DAERAH KLUANG

Program agihan kurniaan Duli Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Johor bagi bulan April Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 pada 21 April 2021 kepada sembilan (9) penduduk di mukim Kluang, Niyor dan Paloh, daerah Kluang yang disampaikan oleh YBhg. Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Jamaludin bin Haji A.Hamid bersama-sama Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah, Penolong Pegawai Daerah, penghulu kanan, penghulu mukim serta ketua kampung mukim yang terlibat.

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR (TMJ) BAGI MUKIM KULAI DAN MUKIM SENAI, DAERAH KULAI

Pegawai Daerah Kulai, Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) kepada enam keluarga di Mukim Kulai dan Mukim Senai, baru-baru ini. Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kulai, Amin Baitulmal Daerah Kulai, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat.

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR (TMJ) FASA TIGA DAN FASA EMPAT BULAN APRIL 2021 BAGI MUKIM BUKIT BATU DAN MUKIM SEDENAK, DAERAH KULAI

Pegawai Daerah Kulai, Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani telah menyerahkan penyerahan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) Fasa Tiga dan Fasa Empat Bulan April 2021 kepada empat keluarga di Mukim Bukit Batu dan dua keluarga Mukim Sedenak. Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kulai, Amin Baitulmal Daerah Kulai, Penghulu-Penghulu Mukim, wakil Penyelaras DUN Bukit Batu dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat. Kami berharap sumbangan DYAM TMJ ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh semua keluarga penerima...

Continue reading

PROGRAM ZIARAH KASIH SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN APRIL FASA 3 TAHUN 2021 DAERAH BATU PAHAT

YBhg. Tuan Haji Ismail bin Abu, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Kasih Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi bulan April Fasa 3 Tahun 2021 yang melibatkan (3) buah keluarga penerima. (2) buah keluarga penerima di Mukim Sri Gading (Parit Raja) terdiri daripada ahli keluarga yang mempunyai penyakit kronik dan memerlukan wang perbelanjaan rawatan yang tinggi. Tuan Pegawai Daerah juga berpeluang menyantuni seorang lagi penerima di Mukim Sungai Punggor dimana beliau merupakan mangsa kebakaran yang berlaku pada 19 April 2021 sekitar jam...

Continue reading

PROGRAM ZIARAH KASIH SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN APRIL FASA 2 TAHUN 2021 DAERAH BATU PAHAT

Program lawatan ziarah kasih seumpama ini merupakan salah satu langkah proaktif dalam menyantuni golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik lebih-lebih lagi ketika mendepani era Pasca Covid-19. Gerak usaha ini akan diteruskan sepanjang tahun bagi membantu pihak yang memerlukan dari semasa ke semasa. Pendekatan Ziarah Kasih ini juga merupakan kesinambungan kepada salah satu titik fokus Pejabat Daerah Batu Pahat iaitu ‘PRIHATIN’ ke atas keluh-kesah masyarakat. Menjunjung Setinggi-Tinggi Kasih atas keprihatinan...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.