Skip to main content

Pengarang: admin

PROGRAM ZIARAH KASIH SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN APRIL FASA 4 TAHUN 2021 DAERAH BATU PAHAT

YBhg. Tuan Haji Ismail bin Abu, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Kasih Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi bulan April Fasa 4 Tahun 2021 yang melibatkan (3) keluarga penerima. (2) buah keluarga penerima di Mukim Peserai dan (1) buah keluarga penerima di Mukim Sri Gading (Parit Raja) terdiri daripada ahli isi rumah yang mempunyai penyakit kronik dan memerlukan wang perbelanjaan rawatan yang tinggi. Program lawatan ziarah kasih seumpama ini merupakan salah satu langkah proaktif dalam menyantuni golongan sasaran iaitu mereka yang...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TMJ KEPADA 3 KELUARGA YANG KURANG BERNASIB BAIK DI MUKIM GRISEK

Tuan Haji Shafiei Bin Ahamad selaku Pegawai Daerah Tangkak telah mengadakan kunjungan & penyerahan kurniaan DYAM TMJ kepada 3 keluarga yang kurang bernasib baik di Mukim Grisek. Penerima pertama ialah Encik Sabtu Bin Ithnain, berumur 74 tahun yang sakit terlantar. Penerima kedua pula ialah Encik Sanapi Bin Mat, berumur 61 tahun yang menghidap strok dan dijaga oleh isterinya. Penerima ketiga ialah Encik Mohd Rosly Bin Mat Isa, berumur 46 tahyun yang juga menghidap strok serta tidak dapat bekerja untuk menampung keluarga. Turut serta dalam penyerahan ini, Encik Mohd Nazef...

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA KEPADA MASJID JAMEK PERMAS ULU,KAW 4 MUKIM SUNGAI KARANG,PONTIAN JOHOR.

Penyampaian Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Mohd Rafi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Pontian. Tuan Pegawai Daerah Pontian berkesempatan menyampaikan kotak makanan dan beras kepada AJK Masjid untuk diagihkan pada golongan asnaf yang memerlukan. Turut serta adalah Kadi Daerah Pontian,Pegawai Pejabat Kadi Daerah Pontian,Penghulu Kanan Daerah Pontian,Penghulu Mukim Sungai Karang,Pengerusi Serta Ahli Jawatankuasa Masjid Jamek Permas Ulu,Kaw 4 Mukim Sungai Karang Dan Barisan Pegawai Pejabat Daerah Pontian.

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA SURAU AS-SYAKIRIN, KAMPUNG SETANGGI, MUKIM PLENTONG, JOHOR BAHRU

Penyampaian telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Johor Bahru, Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rahman bin Salleh diiringi Pengerusi Puspanita Daerah Johor Bahru, Datin Hajjah Ramlah binti Yaacob. Turut hadir sama Penolong Pegawai Daerah Johor Bahru, En. Farhan Noor bin Ishak, Penghulu Tertinggi, Penghulu Kanan dan Penghulu Mukim Plentong. Surau As-Syakirin, Kampung Setanggi terletak di Mukim Plentong. Surau ini telah dibina pada tahun 1975 dan boleh menampung seramai 200 orang jemaah. Pada ketika ini Surau ini dalam proses untuk menaik taraf bekalan elektrik kepada 3 fasa,...

Continue reading

ZIARAH KASIH PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BULAN APRIL FASA 3 BAGI DAERAH MUAR

Ziarah Kasih YBhg Tuan Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Pegawai Daerah Muar ke Mukim Parit Jawa, Ayer Hitam, dan Bandar bagi menyempurnakan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang sangat berjiwa besar kepada bangsa Johor yang serba kekurangan. Pegawai Daerah Muar menyantuni tiga (3) orang penerima iaitu; Muhamad Junid bin Ajmain di Lorong Haji Bajuri Ayer hitam yang rumahnya musnah akibat kebakaran, Puan Lim Lee Lian ibu tunggal yang menyara anak OKU dan warga emas di Bukit Mor Parit Jawa dan Encik Zainalbidin bin Ajid OKU...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.