Skip to main content

Pengarang: admin

PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM,TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN APRIL 2021 FASA 4 DAERAH PONTIAN

Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Rafi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Pontian mengadakan lawatan ziarah kasih kepada 3 buah keluarga yang kurang bernasib baik di sekitar Daerah Pontian. Tuan Pegawai Daerah Pontian juga menyampaikan kurniaan daripada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor kepada setiap keluarga tersebut bagi bulan April 2021 Fasa 4 serta bungkusan sumbangan berupa barangan keperluan asas. Semoga kurniaan sumbangan ini meringankan beban keluarga ini. Turut hadir : Barisan Pegawai Pejabat Daerah Pontian, Pegawai Baitulmal MAIJ Daerah...

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA SURAU ALFALAH KAMPUNG FELDA SUNGAI TIRAM, MUKIM SUNGAI TIRAM, DAERAH JOHOR BAHRU

Surau ini pada asalnya telah dibina pada tahun 1965 di atas tanah berkeluasan 100′ x 100′ yang telah diwakafkan untuk tujuan Surau. Surau ini boleh menempatkan seramai lebih kurang 200 jemaah pada satu-satu masa terletak jauh dari pusat bandar Johor Bahru dan di dalam proses pembaikan atap bumbung yang bocor, syiling yang telah rosak dan pembinaan bilik mesyuarat yang baru. Semoga dengan sumbangan kurniaan ini dapat memberi manfaat dan faedah kepada qariah surau ini. Menjunjung Kasih Tunku.

Continue reading

PROGRAM ZIARAH SEMPENA PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN APRIL FASA 4 DAERAH JOHOR BAHRU

1. Penerima pertama yang tinggal di Taman Scientex Mukim Plentong, Pasir Gudang merupakan pesakit ‘Saucerization Of Nape Of Neck Carbuncle’ iaitu bengkak di bahagian belakang kepala dan tengkuk. Pesakit sering berulang alik ke hospital sejak tahun 2017 dan telah beberapa kali menjalani pembedahan. Beliau dan isteri yang tidak bekerja serta bapa mertua tinggal di rumah sewa dengan kadar RM850.00 sebulan dan bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat manakala pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Yayasan Penyayang Pasir Gudang sedang dalam proses untuk...

Continue reading

JEJAK KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR FASA 4 BULAN APRIL DI MUKIM SEDILI BESAR, DAERAH KOTA TINGGI

Kurniaan DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang amat prihatin dan mengambil berat kebajikan dan keadaan kehidupan rakyat diteruskan dalam fasa empat (4) bulan April di Kampung Semayong, Batu 2 Kampung Sentosa dan di Tanjung Sedili, mukim Sedili Besar Kota Tinggi. Penyerahan kurniaan telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Kota Tinggi, YBhg. Puan Hajah Hazlina Binti Jalil. Keprihatinan DYAM Tunku Mahkota Johor untuk meringankan beban dan kepayahan yang ditanggung oleh rakyat baginda menjadikan negeri Johor ini amat bertuah memiliki seorang raja yang berjiwa...

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN APRIL FASA 4, DI MUKIM RENGGAM & MACHAP, DAERAH KLUANG

Program agihan kurniaan Duli Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Johor bagi bulan April Fasa 4 pada 27 April 2021 kepada tiga (3) penduduk di mukim Machap dan Renggam, daerah Kluang yang disampaikan oleh YBhg. Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Jamaludin bin Haji A.Hamid bersama-sama Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah, Penolong Pegawai Daerah, penghulu kanan, penghulu mukim serta ketua kampung mukim yang terlibat.

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.