Pengarang: admin
1. Penerima pertama merupakan seorang yang tinggal bersama isteri dan seorang anak di rumah sendiri di atas tanah pusaka. Penerima menjalankan kerja sendiri dengan menoreh getah. Penerima menghidap penyakit kencing manis, ketiadaan limpa dan bergantung dengan ubat. Tinggal di Kampung Sekijang.
2. Penerima kedua merupakan individu yang tinggal bersama 6 orang anak saudara yang masih bersekolah. Penerima bekerja sendiri, memelihara semua anak saudara yang berstatus anak yatim. Tinggal di Kampung Felcra Sekijang.
3. Penerima ketiga merupakan individu yang dalam keadaan terlantar akibat...
JEJAK KASIH PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI FASA 5 BULAN APRIL DI MUKIM KOTA TINGGI
Penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor telah disempurnakan oleh YBhg. Pegawai Daerah Kota Tinggi, Puan Hajah Hazlina Binti Jalil kepada keluarga termiskin bagi fasa 5 bulan April di Kampung Seluyut, Kampung Sepak Hilir dan Kampung Temenin Baru Mukim Kota Tinggi.
Penerima pertama Abiah Binti Saman seorang warga emas yang menghidapi penyakit hipertiroidisme dan mengakibatkan beliau mengalami kecelaruan emosi. Beliau seorang ibu tunggal dan dijaga oleh anaknya yang baru selesai menjalani pembedahan appendix. Perima kedua Salmah Binti Atan, menghidapi penyakit diabetes kronik ,...
MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT DAN KURNIAAN BANTUAN ZAKAT BAGI TAHUN 2021M/1442H
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Majlis Penyerahan Zakat dan Kurniaan Bantuan Zakat Bagi Tahun 2021M/1442H yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru pada hari ini, 3 Mei 2021.
Dalam majlis berkenaan, Baginda berkenan menyaksikan penyerahan zakat dan penyampaian kurniaan berjumlah RM40,679,825.37 yang diberikan kepada penerima serta pertubuhan yang layak. Jumlah kutipan zakat negeri Johor bagi tahun 2020 adalah sebanyak RM300.086 juta di mana sebanyak RM299.70 juta ataupun 99.87 peratus telah diagihkan...
KURNIAAN BANTUAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR (TMJ) BAGI FASA 1 & 2, BULAN APRIL 2021 BAGI DAERAH MERSING
Tuan Pegawai Daerah Mersing, Tuan Haji Mohd Radzi Bin Haji Mohd Amin hari ini menyampaikan Kurniaan Bantuan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) Bagi Bulan April 2021 (Fasa 1 dan 2).
Turut hadir bersama Penolong Pegawai Daerah Mersing, En. Mohd Alif Bin Abdul Fa`tas, Penghulu Mukim Penyabong Dan Tenglu, Ketua-ketua Kampung.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Majlis Agama Islam Johor, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim Daerah Mersing turut bersama bagi menyampaikan bantuan keluarga tersebut.
Semoga kurniaan bantuan DYAM TMJ ini...
SELAMAT HARI PEKERJA
Kemajuan Johor hari ini tidak akan dapat dikecapi tanpa sumbangan pekerja-pekerja yang komited untuk menjayakan negeri ini. Sempena sambutan Hari Pekerja, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pekerja yang telah menyumbang ke arah kemajuan Johor, terutamanya barisan hadapan ketika pandemik Covid-19 ini.
Selamat Hari Pekerja kepada semua!
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN APRIL 2021 FASA 1, 2 & 3 DAERAH PONTIAN
Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Rafi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Pontian mengadakan lawatan ziarah kasih kepada 9 buah keluarga yang kurang bernasib baik di sekitar Daerah Pontian.
Tuan Pegawai Daerah Pontian juga menyampaikan kurniaan daripada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor kepada setiap keluarga tersebut bagi bulan April 2021 Fasa 1, 2 & 3 serta bungkusan sumbangan berupa barangan keperluan asas.
Turut hadir : Ketua Penolong Pegawai Daerah Pontian, Barisan Pegawai Pejabat Daerah Pontian, Pegawai Baitulmal MAIJ Daerah Pontian, Pegawai...