Pengarang: admin
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat melawat mangsa bencana banjir di Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Menengah Agama dan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kota Jaya, Kota Tinggi pada 6 Januari 2021. Allah Peliharakan Sultan.
PRAY FOR JOHOR
Saya dimaklumkan bahawa beberapa kawasan di Johor telah dinaiki air berikutan hujan lebat sejak beberapa hari yang lepas. Saya berharap orang ramai lebih berhati-hati dan mengutamakan keselamatan. Saya juga akan membuat lawatan ke pusat-pusat pemindahan tertentu di kawasan yang dilanda banjir serta akan terus memantau keadaan ini dari semasa ke semasa.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
KURNIAAN KOMPUTER RIBA OLEH DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA ANAK-ANAK MUAR
Pada 29 Disember 2020, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah berkenan mengurniakan sumbangan sebanyak RM300,000 untuk disalurkan kepada pelajar-pelajar miskin di sekitar daerah Muar.
Susulan sumbangan DYAM Tunku Mahkota Johor, Pejabat Daerah Muar telah mengenal pasti pelajar-pelajar dari keluarga e-kasih dan asnaf dari setiap mukim di daerah Muar yang amat memerlukan komputer riba.
Program sumbangan komputer riba ini akan bermula dari hari Jumaat, 15 Januari 2021 dan komputer riba yang disumbangkan adalah berspesifikasi tinggi bagi manfaat...
TMJ RASMI TUNKU MAHKOTA ISMAIL YOUTH CENTRE
JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim merasmikan Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Johor Bahru dan melancarkan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), Southern Volunteers Johor Bahru di Hutan Bandar, di sini hari ini.
Sejurus perasmian Tunku Ismail diiringi isteri, Che’ Puan Khaleeda Bustamam dibawa melihat tayangan video dan beberapa komponen atau kemudahan di TMIYC antaranya Youth Centre, Rock Yard dan Skatepro.
Putera sulung Sultan Johor itu juga berjumpa dengan ikon-ikon belia sukan Johor dan menasihati mereka supaya terus mengharumkan...
TMJ NASIHAT BUKA KEMUDAHAN, FASILITI KEPADA RAKYAT
JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menasihatkan agar kemudahan dan fasiliti sukan di negeri ini diselenggara dengan baik dan dibuka kepada rakyat.
Baginda juga menitahkan supaya lebih banyak pertandingan dianjurkan dengan menggunakan kemudahan dan fasiliti yang ada pada tahap maksima selepas wabak Covid-19 berlalu.
“Bagi saya, kerajaan negeri telah giat berusaha membangunkan sukan di Johor dan kemudahan serta fasiliti yang saya lawati hari ini adalah permulaan bagi mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang sukan di negeri ini,” titah Tunku Ismail...
PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH PONTIAN
Yang Berbahagia Tuan Haji Zulkifly Bin Haji Mohd Tahir , Pegawai Daerah Pontian mengadakan lawatan ziarah kasih kepada 6 buah keluarga yang kurang bernasib baik di sekitar daerah Pontian.
Sumbangan Kepada 6 Keluarga Yang Terlibat :-
1) Encik Harlee Bin Yatim (Mukim Ayer Baloi)
2) Encik Jamal Bin Baruji (Mukim Api-Api)
3) En Misron Bin Salman (Mukim Api-Api)
4) Puan Rosminati Binti Teriman (Mukim Ayer Baloi)
5) Puan Paniam Binti Rosdi (Mukim Ayer Baloi)
6) Encik Jamal Bin Sumari (Mukim Ayer Baloi)
Turut hadir : Barisan Pegawai Pejabat Daerah Pontian, Penolong Pegawai...