Pengarang: Admin
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Mesyuarat Pengelolaan Liga Malaysia & Taklimat Pengurusan Stadium dan Venue Liga Malaysia Musim 2024/2025 bersama YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan dan YB Dato’ Ab. Ghani Hassan, Presiden Malaysian Football League (MFL) di Sunway Big Box Hotel, Iskandar Puteri Johor pada hari ini, 9 Januari 2024.
Dalam mesyuarat tersebut, DYAM Tunku Mahkota Johor berkenan menyumbang RM300,000 untuk penyelenggaraan padang bagi tahun pertama kepada setiap pasukan yang menerima geran RM500,000 daripada...
MAJLIS ISTIADAT PENYERAHAN SURAT TAULIAH & IKRAR TAAT SETIA PEGAWAI KEWANGAN NEGERI & PENGERUSI DAN AHLI-AHLI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM JOHOR
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku wakil rasmi DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor berangkat ke Majlis Istiadat Penyerahan Surat Tauliah & Ikrar Taat Setia YB Pegawai Kewangan Negeri & Pengerusi dan Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor di Balai Mengadap Istana Bukit Serene pada hari ini, 9 Januari 2024. Allah Peliharakan Sultan.
SOUTHERN VOLUNTEERS DAN JOHOR MILITARY FORCES BERGANDING BAHU MEMBANTU MANGSA-MANGSA BENCANA BANJIR
Atas titah DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, Southern Volunteers dan Johor Military Forces (JMF) telah digerakkan untuk memberi bantuan segera kepada mangsa-mangsa yang terkesan dengan bencana banjir yang berlaku dan membantu di pusat-pusat pemindahan sementara.
Selain menyampaikan bantuan berupa bekalan makanan dan keperluan daripada Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) dan SV Box kepada mangsa-mangsa bencana banjir di beberapa daerah, Southern Volunteers turut membantu memantau kawasan-kawasan lain yang berisiko banjir agar bantuan dapat...
SELAMAT TAHUN BAHARU 2024
Selamat menyambut tahun baru 2024.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
MAJLIS BACAAN SURAH YASIN, TAHLIL DAN DOA KESYUKURAN ASKAR TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR (ATSNJ)
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Majlis Bacaan Surah Yasin, Tahlil Dan Doa Kesyukuran Askar Timbalan Setia Negeri Johor (ATSNJ) di Surau Dato’ Hj Mohd Lip Bin Bedu, Kem Sultan Ibrahim pada hari ini, 30 Disember 2023. Allah Peliharakan Sultan.
DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR MENZIARAHI MAKAM DIRAJA BUKIT MAHMOODIAH
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor berangkat menziarahi Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor pada hari ini, 30 Disember 2023. Allah Peliharakan Sultan.